followers

busuk.org

Selasa, 24 Januari 2012

Empayar Siti belum tergugat

siti-nurhaliza
Dari dulu hingga kini, nama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak pernah berhenti daripada menjadi bualan peminat industri hiburan tanah air.

Jika 17 tahun lalu, idola kesayangan ramai ini cumalah seorang gadis luar bandar yang nekad meninggalkan kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang demi mencuba nasib di ibu kota. Dengan hanya berbekalkan suara merdu bak buluh perindu, siapa sangka bakat luar biasanya menjadi perhatian ramai.

Namanya terus mengharum, bak mawar yang sedang mekar, membuatkan sesiapa saja terpikat dengan kesantunan sang gadis yang tidak sedikit pun meninggi diri dengan kelebihannya.

Bagaikan sudah tersurat kehidupannya sebagai anak seni, seniwati muda yang mesra disapa sebagai Siti ini cekal mengharungi setiap hari mendatang.

Setelah 17 tahun keberadaannya dalam industri, Siti yang ‘dulu’, kini semakin menginjak dewasa yang menyerlahkan lagi sisi kewanitaannya.

Namun, walau pelbagai transisi perubahan berlaku pada dirinya, masih ada yang sama pada Siti di mana bakat dan santunnya kekal tidak berubah.

Tidak keterlaluan jika dikatakan itulah dua perkara yang menjadi tunjang kejayaan Siti mempertahankan kedudukannya dalam industri.
Tahniah Datuk Siti..!!
Sumber: Sinar Harian

6 ulasan:

vendoline berkata...

jujur bg aku, hhehhee hurmm suara dia kurang lenggok sikit skrg...suara dlu lg syiok kot..

Unknown berkata...

yeke edy? tp sy paling suka masa dia bawa lagu2 irama malaysia :)

dya nasir berkata...

suara dye kalo bwk irama malaysia memang sedap

Unknown berkata...

btl tu dyabunga

Lieza Nordin berkata...

aiyakk.. suara di dari dulu lagi best.. x kurang2 un.. :P

Unknown berkata...

oh siti....hehehe