followers

busuk.org

Jumaat, 2 Disember 2011

Suami belasah isteri tolak ajakan seks dalam kereta



KUCHING: Suami durjana, mungkin gelaran paling sesuai untuk seorang suami yang tanpa belas kasihan menumbuk isterinya berkali-kali hingga mangsa dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) gara-gara menolak melayan nafsu serakahnya di dalam kereta.

Insiden berlaku sekitar jam 3 pagi kelmarin di luar sebuah kelab malam di kawasan Petanak apabila pasangan tersebut memasuki kereta selepas meninggalkan pusat hiburan tersebut.

Jom Senaman



Tubuh manusia bukan dicipta untuk tidak bergerak. Pergerakan dan aktiviti adalah fungsi asas penting bagi tubuh manusia untuk membesar,berkembang dan mengekalkan kesihatan. Kita dicipta untuk melakukan pergerakan yang biasa,sederhana dan penuh bertenaga yang menggunakan kumpulan otot kita.
Apa yang kita ketahui sebagai SENAMAN kini sebenarnya adalah aktiviti fizikal yang merupakan sebahagian daripada kehidupan.

Apa Itu Senaman?
     Senaman ialah aktiviti fizikal yang dirancang dan tersusun secara berulangan melalui pergerakan otot untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan seseorang.