followers

busuk.org

Jumaat, 2 Disember 2011

Jom Senaman



Tubuh manusia bukan dicipta untuk tidak bergerak. Pergerakan dan aktiviti adalah fungsi asas penting bagi tubuh manusia untuk membesar,berkembang dan mengekalkan kesihatan. Kita dicipta untuk melakukan pergerakan yang biasa,sederhana dan penuh bertenaga yang menggunakan kumpulan otot kita.
Apa yang kita ketahui sebagai SENAMAN kini sebenarnya adalah aktiviti fizikal yang merupakan sebahagian daripada kehidupan.

Apa Itu Senaman?
     Senaman ialah aktiviti fizikal yang dirancang dan tersusun secara berulangan melalui pergerakan otot untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan seseorang. 


Senaman ringan 
     Senaman ringan adalah aktiviti fizikal seperti membuat regangan di beberapa bahagian otot sebagai permulaan sebelum seseorang melakukan aktiviti Joging,Berjalan Kaki atau Bersukan.
Tujuannya adalah untuk memanaskan badan supaya otot dapat berfungsi dengan lebih baik sekaligus dapat mengelakkan dari kecederaan.

Kecergasan Fizikal
     Kecergasan fizikal adalah ciri-ciri pelbagai komponen yang berkaitan dengan kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal. Kesihatan sebahagian besarnya adalah hasil paras aktiviti fizikal kita,namun faktor genetik juga memainkan peranan.kerana ada beberapa individu yang mempunyai kemampuan semulajadi yang cemerlang dalam aktiviti tertentu seperti lari jarak jauh.

Manfaat 
      Paras kesihatan lebih baik jika melakukan senaman berbanding dengan orang yang tidak melakukannya.


jadi apa tunggu lagi
 JOM SENAMAN