followers

busuk.org

Rabu, 28 Disember 2011

Misteri bayangan rumput panjang


Salam..
Kali ni sekali lagi gua bawakan cerita seram untuk tatapan korang..
Kisah ni terjadi kat sebuah jalanraya di kampung Perenggam, Teluk Bagan.
kampung itu kecoh dengan cerita sal Bayangan Rumput Panjang yang seringkali kelihatan memenuhi jalan itu
dan ianya kerap berlaku di waktu malam. Lebih pelik lagi kejadian itu tidak berlaku di satu kawasan saja,
tapi ia jugak selalu kelihatan di kawasan berhampiran dekat situ. Dan menyebabkan sering berlaku kemalangan di kawasan itu.

Seorang surirumah,Rosmah Shaari, 52, berkata, dia pernah berdepan dengan situasi itu beberapa bulan lalu
sewaktu dalam perjalanan ke rumah ibunya.
“Sewaktu kejadian saya sedang menunggang motosikal, dalam perjalanan saya terlihat rumput panjang memenuhi ruang di hadapan jalan yang menyebabkan saya memperlahankan motosikal.
“Apabila saya memasang lampu tinggi sambil membaca ayat Kursi, barulah timbunan rumput itu berkurangan dan hilang terus daripada penglihatan,”Katanya ketika ditemubual oleh seorang wartawan.

Menurut penduduk di kawasan itu beberapa kemalangan pernah terjadi di kawasan itu sehingga ada yang pernah meragut nyawa. ini dikaitkan dengan cerita misteri yang berlaku di kawasan itu.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan: