followers

busuk.org

Ahad, 18 Disember 2011

Komputer atau Manusia,mana lebih pintar?


Salam...
Tahukah anda bahawa komputer hanya mempunyai sebahagian kecil daripada "kuasa berfikir" otak manusia.

Sebuah komputer yang biasa mempunyai beberapa bilion unit memori yang kecil,setiap satu bersambung dengan satu atau dua yang lain. Manakala Otak manusia pula mempunyai 100 bilion sel yang dipanggil neuron, yang membentuk rangkaian hubungan yang kompleks.

Sebuah komputer hanya sama bijaknya dengan perisiannya (software), iaitu program yang digunakan untuk menjalankan komputer. Tidak seperti otak manusia, perisian komputer begitu terbatas fungsinya mengikut apa yang ditugaskan kepadanya saja. Sehubungan ini, tidak ada komputer yang boleh menjadi sehebat manusia.


UJIAN TURING
MENGUJI KEPINTARAN KOMPUTER

Ujian bagi mengenal pasti kepintaran komputer telah dijalankan oleh peneraju komputer ketika Perang Dunia Kedua. Menyedari yang suatu hari nanti komputer yang hebat mungkin akan dihasilkan, ahli matematik British, Alan Turing, tertanya-tanya sama ada beliau boleh membuktikan bahawa komputer benar-benar "pintar".

Beliau mensyorkan ujian kepintaran komputer yang mudah dikendalikan tetapi amat sukar untuk lulus. Tidak ada sebarang komputer yang lulus, meskipun pada hari ini. Komputer yang terbaik hanya lullus jika ia disoal tentang subjek tertentu dalam lingkungan pengetahuannya saja. Komputer perubatan misalnya, mungkin nampak hebat bila ditanya tentang pencernaan namun nampak tidak berguna bila ditanya tentang percutian.

p/s komputer manusia jugak yang cipta

1 ulasan:

Unknown berkata...

manusia la lagi bijak. manusia yg cipta komputer.