Assalamualaikum..
Niat sepasang kekasih untuk melepaskan nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid tidak kesampaian apabila di cekup oleh penduduk kampung.
Kejadian ini berlaku di kampung Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
Perbuatan terkutuk oleh pasangan belasan tahun itu berjaya di kesan oleh jemaah masjid
setelah menyedari terdapat sebuah motosikal diletakkan di perkarangan masjid tersebut.
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberitahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang berbaju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
Menurutnya, selepas itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.
Sumber:
p/s makin berani budak zaman sekarang
3 ulasan:
heii dlm tempat mcm tu pun sanggup?????
macam2 budak skrg nie...
nie kes wajib kahwin..
(tinggal jejak kaki ku di sini jebat)
t.kasih byk :)
Catat Ulasan