followers

busuk.org

Selasa, 13 Disember 2011

Fakta penting mengenai bahasa melayu


Tahukah anda bahawa bahasa melayu adalah..

BAHASA KEBANGSAAN
Memberi identiti kepada bangsa Malaysia seterusnya melahirkan semangat perpaduan,

BAHASA RASMI
Bahasa yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara. Sering digunakan dalam komunikasi bersenuka dan juga dalam acara-acara rasmi, Surat-menyurat rasmi,minit mesyuarat,memo dan sebagainya.

BAHASA PERPADUAN
Dijadikan alat untuk menyatukan semua kaum yang terdapat di negara ini agar mereka saling berinteraksi antara satu sama lain dalam bahasa yang sama. Satu bangsa,satu suara.

BAHASA ILMU
Bahasa ilmu yang mampu mengungkap apa juga bentuk bidang ilmiah sama ada kesusasteraan,sains dan teknologi,matematik dan sebagainya agar ia setanding dengan bahasa-bahasa lain yang paling ramai penuturnya di dunia seperti bahasa inggeris dan bahasa mandarin.

BAHASA PENDIDIKAN
Dijadikan bahasa pengantar di semua institusi pengajian sama ada sekolah rendah sehinggalkah ke institusi pengajian tinggi.


*BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN KITA*

p/s patriotik skit ptg2 ni...

Tiada ulasan: