Salam..
Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 dan akan melangkah ke tahun baru 2012. Tentu ramai dikalangan kita terutama sekali golongan anak-anak muda yang sudah tak sabar-sabar menantikan detik itu, untuk meraikan ketibaan tahun baru dan sudah tentulah masing-masing ada keinginan untuk memasang azam baru.betul tak? Tapi perlukah menunggu detik ketibaan tahun baru itu baru nak pasang azam baru? Rasanya kalau azam itu sesuatu perkara yang baik, tak payahlah nak tunggu detik sambutan tahun baru. Setiap masa kita dituntut untuk melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya., Jika dah buat kesilapan maka kita segeralah memperbaikinya. Dalam hal ini janganlah ditangguhkan sesuatu perkara yang baik itu.
Sambutan Tahun Baru
Masing-masing ada caranya tersendiri. Tetapi dalam pemerhatian gua cara sambutan tahun baru
oleh golongan anak-anak muda amatlah mendukacitakan, sambutan tahun baru kebanyakkannya bercanggah dengan syariat agama dan budaya melayu itu sendiri. Banyak acara hiburan,pergaulan bebas,pesta arak dan bermacam-macam lagi. Perkara ini sudah menjadi satu Fenomena dikalangan masyarakat kita. Lihat saja setiap kali acara sambutan tahun baru, ada yang ditangkap khalwat,mabuk dan sebagainya. seperti sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat kita. Semua ini berpunca kerana lemahnya pegangan agama sehingga mereka mudah dipengaruhi budaya masyarakat lain, Pengaruh asing yang mudah masuk melalui Media Massa dan sebagainya serta pengalaman hidup diluar negara adalah antara punca keruntuhan moral kepada golongan ini.Tetapi asasnya adalah kegagalan menanam kefahaman pada agama itu sendiri.
Ingatlah,
Syaitan sentiasa mengambil kesempatan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. Jika kefahaman agama tiada pada diri seseorang, maka mudahlah bagi syaitan menyesatkannya. Syaitan juga mahu menyesatkan seseorang dengan kesesatan yang paling berat. Manusia yang tunduk pada hasutan syaitan akan merasa bangga melakukan kejahatan dengan alasan untuk rasa gembira.
Firman Allah yang membawa maksud: "Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sesat yang sejauh-jauhnya." (Surah an-Nisa,ayat 60)
Kejatuhan sesebuah bangsa dan negara berpunca daripada musnahnya nilai murni dalam amalan hidup rakyatnya. Masalah ini akan menjadi parah jika pencegahan dan pemulihan awal tidak dilakukan segera.
Jika kita tunduk pada kemungkaran,tunduk pada hasutan syaitan maka hancurlah hidup kita dan Nerakalah bagi kita.
Oleh itu,
Sambutan tahun baru hendaklah dilakukan dengan menerima hakikat bahawa kita telah memasuki satu tempoh fasa baru yang memerlukan semangat, iltizam dan cita-cita untuk menghadapinya.
Orang Islam perlu menyambut tahun baru dengan identiti yang membanggakan. Jauhkan diri daripada terikut-ikut dengan sambutan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Sabda Rasulullah bermaksud: “Bahawa sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” (Hadis riwayat Abu Daud).
Sambutan tahun baru hendaklah dilakukan dengan menerima hakikat bahawa kita telah memasuki satu tempoh fasa baru yang memerlukan semangat, iltizam dan cita-cita untuk menghadapinya.
Orang Islam perlu menyambut tahun baru dengan identiti yang membanggakan. Jauhkan diri daripada terikut-ikut dengan sambutan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Sabda Rasulullah bermaksud: “Bahawa sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” (Hadis riwayat Abu Daud).
Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa. Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna telah mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.
Begitu juga pada azam, Tidak perlu menuggu saat tibanya tahun baru, Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita, Kerana perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.
Sekian Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan