followers

busuk.org

Isnin, 5 Disember 2011

10 tip atasi tekanan hari pertama berkerja




Hati mana yang tak gembira kalau dah dapat pekerjaan. Tentu ada yang melompat-lompat kegembiraan dan ada juga yang terharu menerima berita baik itu. 
Tapi apakah persediaan seeloknya sebagai seorang yang bakal berkerjaya?
Dapatkah anda menyesuaikan diri dengan keadaan baru yang bakal anda hadapi?
berbagai macam perasaan yang bercampur aduk ketika itu.
Pada hari pertama anda datang untuk melapor diri tentunya perasaan gementar,malu dan sebagainya bermain-main di fikiran anda ketika itu sekaligus membuat anda berasa agak tertekan.

Berikut ada 10 tip yang mungkin membantu anda menghadapi hari pertama berkerja dengan lebih tenang dan gembira.

SEGAR DAN BERSEMANGAT

Kesan pertama amat penting jadi anda harus bersedia dari segi mental dan fizikal.Kemaskan diri dengan penampilan bersih dan bersesuaian. Pastikan mengambil sarapan pagi supaya anda lebih bertenaga dan cergas serta lebih bersemangat. Datang awal dan sebaiknya baca doa ini (yang beragama islam)ketika anda sampai ke tempat kerja.




PERKENALKAN DIRI

Perkenalkan diri kepada semua kakitangan yang ada di pejabat. Buang rasa malu dan perasaan malas kerana ini adalah mukadimah terbaik untuk perkenalan yang lebih rapat dan mesra dengan rakan sepejabat.

SENYUM

Sebagai orang baru, tunjukkan sikap ramah dan murah dengan senyuman. Kerana senyuman boleh memberikan maklum balas positif pada orang yang memberi dan menerimanya.dengan senyuman juga,rakan kerja akan lebih senang menerima kehadiran anda.

RAJIN BERTANYA

Sebagai kakitangan baru,sudah tentu anda masih kurang faham dengan tugas dan latar belakang tempat kerja anda. jangan malu atau segan untuk bertanya kerana rakan kerja anda pasti berasa senang dan bersedia untuk membantu menjelaskan mengenai tugas atau perkara yang berkaitan dengan tempat kerja anda."malu bertanya sesat jalan" jadi anda kenalah rajin dan selalu bertanya.
PENDENGAR YANG BAIK

Elakkan dari bercakap atau memberi komen tentang sesuatu yang mungkin anda tidak selesa dan tidak berpuas hati kepada rakan anda. Sebaiknya simpan dulu niat itu kerana sebagai 'orang baru' rasanya tidak manis sekiranya anda banyak bercakap. cukup sekadar memerhati dan mendengar dahulu.
jadi pendengar yang baik dengan tidak menganggu perbualan rakan yang sedang berbicara.

SESUAIKAN DIRI 

Lumrah sebagai 'orang baru' pasti akan jadi perhatian ramai. Mungkin anda kurang selesa dengan keadaan ini tetapi anda perlu sesuaikan diri dan jangan lokek dengan senyuman. sentiasa rendah hati kerana ini akan menjadi kunci utama untuk anda disenangi oleh rakan.

JANGAN SOMBONG

Mungkin jawatan anda lebih tinggi dari sesetengah rakan sepejabat anda.Tetapi ini bukan alasan untuk anda bersikap sombong dan tidak mahu menegur kakitangan bawahan yang lain. Ingat mereka adalah tulang belakang kepada kerja-kerja anda. tanpa kerjasama dari mereka sudah tentu akan menyukarkan setiap kerja anda. sikap sombong hanya akan menyusahkan anda kerana akhirnya anda tidak disukai oleh kakitangan dan rakan sepejabat.

RINGAN TULANG

Amalkan sikap bantu-membantu kerana ia membolehkan anda disenangi rakan sepejabat. jika seorang rakan dilihat memerlukan bantuan apa salahnya anda ringankan tulang dengan menghulurkan bantuan.
ini akan menjadi pencetus kepada kebaikan yang berpanjangan.

JANGAN ASINGKAN DIRI

Selalunya kerana perasaan malu dan segan sebagai 'orang baru',seseorang itu akan mengasingkan diri.
Jangan lakukan ini. Sebaiknya anda harus pandai bergaul dengan rakan anda.ketepikan perasaan malu kerana itu akan membuat diri anda di pandang negatif.

WUJUDKAN SUASANA MESRA

Kemesraan bersama rakan sepejabat boleh tercetus daripada sikap peramah anda sendiri. walaupun anda masih baru tetapi itu bukan penghalang untuk anda mewujudkan suasana mesra bersama rakan baru anda.Untuk membina persahabatan,anda mestilah bijak menggunakan kelebihan yang ada pada diri anda. Sebagai contoh.,cuba pelawa rakan anda untuk makan tengah hari bersama ketika waktu rehat.ini akan membolehkan anda untuk berbual dengan mereka,satu kelebihan lagi jika anda pandai berlawak.ini akan mempercepatkan proses penyesuaian diri dengan rakan baru.tapi jangan pulak 'over'.




P/S hasil dari pengalaman sendiri dan sedikit bahan rujukan



1 ulasan:

muhdimran berkata...

Tahniah kepada semua kakitangan awam atas durian runtuh yang bakal di nikmati..