followers

busuk.org

Khamis, 24 November 2011

Kota Belud

                                                                 Assalamualaikum....
Kali ni saya nak kongsikan serba sedikit mengenai daerah tempat lahirnya saya iaitu 
DAERAH KOTA BELUD.

Gambar lama pekan Kota Belud

Mungkin ada diantara rakan-rakan atau sesiapa saja yang tak tahu pasal daerah kota belud ni
jadi jom kita luangkan masa sejenak bersama saya untuk mengenali daerah KOTA BELUD.

Daerah Kota Belud ni kawan2 terletak di Pantai Barat Utara Negeri Sabah,terletak di unjuran kaki Gunung Kinabalu(Gunung tertinggi di Asia Tenggara) dari sebelah utara kaki gunung. dan lembahnya dibatasi Laut Cina Selatan.
Pekan Kota Belud

Daerah ini mempunyai keluasan 1,385.6 kilometer persegi yang terdiri daripada 171 buah kampung dan bersempadan dengan beberapa daerah lain di Sabah seperti,daerah kota marudu,Ranau dan Tuaran .Daerah ini juga didiami oleh beberapa suku etnik seperti Bajau,Dusun,Iranun.Ubian,Cina dll.majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

ASAL NAMA 'KOTA BELUD'
Menurut cerita orang2 terdahulu kota belud mendapat namanya bersempena dari nama sebuah
 'KUBU PERTAHANAN ATAS BUKIT'  yang dibina untuk mempertahankan diri dari serangan musuh.kerana pada zaman dahulu sering berlaku permusuhan antara kaum.demi mengukuhkan pertahanan sebuah kubu telah dibina diatas bukit. Dan dari situlah juga nama KOTA BELUD diambil,nama ini adalah terjemahan dari perkataan yang berasal daripada bahasa suku kaum bajau iaitu KOTA yang bermaksud KUBU PERTAHANAN dan BELUD yang bermaksud BUKIT.


Pakaian Tradisi Suku Kaum Bajau

Pakaian Tradisi Suku Kaum Iranun

DAERAH 'KOBOI'

Daerah Kota Belud juga dikenali sebagai daerah 'koboi' kerana salah satu tradisi suku etnik disini ialah menunggang kuda disamping terdapat juga binatang ternakan lain seperti lembu dan kerbau yang begitu banyak didapati di daerah ini.



koboi kota belud

TAMU DAN TAMU BESAR KOTA BELUD

Daerah Kota Belud juga terkenal dengan Tamu iaitu pasar mingguan yang membolehkan petani2,nelayan,penternak,penggiat industri kecil dan sederhana dan juga penggiat seni kraf untuk memasarkan hasil produk mereka.tamu ini diadakan pada setiap hujung minggu(hari ahad).
Dan pada setiap tahun juga akan diadakan TAMU BESAR dan ianya telah diiktiraf sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan Negeri Sabah.selalunya acara ini akan diadakan pada setiap bulan Oktober atau setiap hujung tahun.pelbagai acara akan dianjurkan untuk memeriahkan lagi acara sambutan seperti: konsert artis tempatan n semenanjung,acara kebudayaan,pameran,sukan rakyat dan sebagainya.



Antara produk yang dihasilkan penduduk kota belud

Tamu kota belud
PARANG KOTA BELUD

Kota Belud juga terkenal dengan pembuatan Parangnya.pelbagai jenis parang atau pedang juga boleh didapati disini untuk dijadikan sebagai barang hiasan di rumah.atau untuk kegunaan menyembelih binatang ternakan terutama ketika ada majlis perkahwinan,atau hari raya korban.


Antara jenis-jenis parang yang terdapat disini

Pelbagai bentuk pedang 

Begitulah tadi sedikit sebanyak info tentang Daerah kelahiran saya,diharapkan ianya dapat memberikan anda sedikit pengetahuan tentang Daerah Kota Belud. Sebenarnya banyak lagi info-info menarik yang ada di daerah ini tapi setakat ini saja yang saya termampu untuk dikongsikan bersama rakan2...terima kasih kerana meluangkan masa.dan kalau ada rezeki dan masa silalah datang ke Daerah Kota Belud,kami mengalu-alukan kedatangan anda semua,
Wassalam..



Tiada ulasan: