followers

busuk.org

Isnin, 21 November 2011

kata-kata pedoman

            Renungkan Sejenak...
  • Setakat ini, tiadalah manusia atau hambaNya yang berani mengaku dirinya Tuhan selain Firaun; namun yang berlagak nak jadi Tuhan ramai..semua kena dengar cakap dia, tak boleh lawan nanti kena, cakap dabik dada, hidup mcm takda agama, semua hukum langgar, dan sememangnya tiada siapa boleh tegur..        
  • Berdoa & berusahalah agar mendapat suami yang boleh membimbing diri & anak2 mendekatkan diri pada Allah; berdoa.& berusahalah agar suami beribadah dgn bersungguh & membawa rezki yang halal serta berkat pulang ke rumah; berdoa & berusahalah agar suami tidak hanyut dalam kebinasaan hasutan hawa nafsu & menjadi tawanan syaitan... :-)
  • Tiada rehat apabila berada di atas 'sirothol mustaqeem'; tugasan demi tugasan menanti setiap selesai satu satu tugasan...bergerak di atas kehendak Allah yang menggerakkan setiap jiwa-jiwa hambaNya yang hidup hanya keranaNya.. :-)
  • ‎"ada orang buat kerja kerana Allah tapi dalam hati ada hirisan mahukan puji-pujian.. Kalau tak dapat pujian & sanjungan, tarik muka atau senyum tawar..kununnya redho.." :-)
  • Lihatlah dunia, isinya dan perjalanan kehidupan ini dengan perspektif baru; perspektif yang penuh dengan warna-warni dan setiap detik perlu dilalui dengan penuh pengertian kecintaan kepada Allah & sesama makhluk..
  • Kerana ceteknya ilmu dan kefahaman tentang islam, iman & ihsan serta tandusnya maklumat tentang sifat serta perjalanan hidup Rasulullah & para sahabat - kita jadi hilang punca serta tak keruan dalam memilih pemimpin untuk dijadikan ikutan serta contoh.. Bolehkah kita terima hakikat ini atau mahu terus beralasan?
  • RM100 yang diberi tidaklah dapat menghapuskan dosa pemberi.. RM100 yang diberi hanya sekali sahaja berbanding 'bedalan & rompakan' yang berlaku hari-hari.. Rasulullah pesan, biarlah ibadah itu sikit tapi berterusan & ibadah itu kena ikhlas hanya kerana Allah, bukan untuk mengampu atau tarik perhatian.. Bagi yang kurang fahaman agama, ekonomi & politik, tak payahlah nak jadi agen seumpama isteri abu lahab yang turut dilaknat Allah..
    • Ramai orang yang berjaya dalam merubah diri adalah dari kalangan mereka-mereka yang mempunyai guru; guru yang muryshid. Untuk berubah, diri memerlukan input-input yang berupa teguran, nasihat & paksaan berjadual. Jika kita kata nak berubah tetapi tak sanggup terima teguran,nasihat & paksaan...maka kita tak kemana pun, hanya mulut berbuih-buih bicara tentang perubahan. :-)
    • Adakah kita ada pilihan dalam menurut sunnah Rasulullah? Tahukah kita bahawa Baginda diutus untuk membawa rahmat buat sekelian alam? Dan tahukah kita bahawa Baginda adalah suri taulan terpuji buat semua manusia? Baginda juga adalah kekasih Allah yang utama..dan akhlaq Baginda adalah akhlaq terpuji yakni akhlaq Al Quran..; soalannya, mengapa kita memilih untuk tidak mengikuti Baginda? Kita lebih suka ikut musuh-musuh Baginda...
    • ‎"ramai orang politik muslim yang tidak amanah & beramanah dengan Allah & Rasulullah..mereka berkhidmat utk diri sendiri, utk nama, pangkat, bisnes, harta serta keluarga...mereka masuk dewan dengan misi mencerca 'govt of the day' & memuji-memuja & mengampu pemimpin mereka..bahasan mereka jauh mencerminkan diri seorang hamba Allah yang beriman..keluar dewan, mereka jadi ketua kumpulan samseng.." dan kita yg bodoh pergi undi mereka - bukankah kita bersubahat?
    • ‎"mulakanlah hari dengan niat yang tulus ikhlas untuk beribadah @ bekerja hanya kerana Allah Maha Besar - cuba sedaya upaya untuk kekal dalam niat, lafaz & perbuatan/perlakuan itu...kerana setiap detik masa yang kita lalui; ada nafsu, syaitan serta iblis yang terus menghasut agar kita terpesong niat & akan beribadah kerana mereka - sebab itu kita semakin jauh dari agama & ulama.."
    Belajarlah Mencintai Allah
    • ‎"janganlah begitu mudah melafazkan kata2 keji & nista kepada para ulama tanpa kita kenali mereka zahir batin..kerana kelak mengundang musibah pada diri dari arah yang kita tidak sangka..
    • ‎"berusahalah bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kefahaman agama dan memantapkan diri dengan ilmu-ilmu kerana fitnah akhir zaman ini sangat halus dan tidak mustahil akan memungkinkan kita terjebak menjadi agen penyebar fitnah..."
    • ‎"orang jahat akan membawa segala macam dalil-dalil untuk meruntuhkan yang haq.... namun orang baik hanya perlukan keimanan serta kefahaman agama yang mantap untuk meleburkan yang batil..." :-)
    • melayu islam perlu keluar dari kepompong label 'malas' dan 'nak cepat kaya'...bekerjalah bersungguh-sungguh & pertajamkan ilmu & amal agar jadi 'expert' dalam satu-satu pekerjaan... dan terus memakmurkan bumi Tuhan ini :-)
    • orang yang beriman sudah pasti terus menambah ilmu serta mendalamkan kefahaman... tidak mudah terikut dengan 'habuya-habuya politik picisan serta gertakkan'... bumi ini milik Allah... hanya kepada Allah kita beribadah, hidup & mati... :-)
    • berpaksikanlah kepada keadilan, kesamarataan, kejujuran dan nilai-nilai murni dalam memimpin masyarakat... boleh berumah besar tapi biarlah dengan hasil yang halal, boleh berkereta besar tapi biarlah rakyat tidak mengemis di tepian jalan... :-)
    • Benarlah kata-kata arifbillah - akhir zaman nanti, guru yang bawa kitab masa kuliah & anak murid 'lenggang kangkong'...guru yang akan bertanya soalan & murid akan jawab 'tak tahu'...maka guru akan terus pandai & anak murid terus 'jendul'..
    • ‎'sentuhan' adalah 'magis' atau 'magic' - kerana sentuhan mampu mengubah segalanya.. Jika kita ingin seseorang atau suasana atau perkara itu berubah, ianya memerlukan sentuhan.. Sentuhan apa ya? Sentuhan kasih sayang.. Sentuhan tidak semestinya bersentuh atau menyentuh (nanti batal air sembahyang..atau haram.. :-) )
    • ‎'innamal akmalu bin niat...' setiap amal perbuatan itu bermula dengan niat... mana mungkin seseorang yang melakukan kejahatan itu berniat baik.. & mana miungkin seorang yang berniat buruk itu melakukan kebaikan... maka awas & perhalusilah niat kita... :-)
    • ‎'nilai-nilai murni' adalah elemen zaman 'tok kaduk' yang dimalar segarkan semula dewasa ini...ia juga adalah pelajaran 'tatarakyat' dan kemudiannya 'sivik'; cuba kita lihat pemimpin-pemimpin kita, berapa ramai yang mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan mereka sendiri & di kalangan masyarakat? Maka bila mereka 'kencing' berdiri, pastinya rakyat akan 'kencing' berlari.. :-)
    • Tak kenal maka tak cinta.. Tak cinta maka tak sayang.. Tak sayang maka tak peduli.. : cuba kita aplikasikan perkara di atas dengan kehidupan kita, hubungan dengan Allah & Rasul serta sesama manusia.. Adakah ramai dari kita yang 'peduli' akan Allah & Rasulullah? :-)
    • Pilihlah pemimpin-pemimpin dari kalangan kita yang beriman kepada Allah & Rasulullah dengan sebenar2 beriman; yang mampu memberikan contoh terbaik dari kalangan kita tentang bagaimana cara hidup sebagai mukmin sejati.. Agar islam dicontohi dari yang terbaik dari kalangan kita..
    • Malas adalah penyakit diri yang terhasil dari sifat bertangguh yang berpunca dari bisikan nafsu ke hati yang bermatlamat agar manusia itu terus dibuai 'rasa seronok' dalam keadaan tanpa melakukan apa-apa ibadah kepada Allah; itu adalah sifat songsang dari matlamat manusia dijadikan.
    • di atas dunia inilah kita menghadapi setiap ujian dari Allah; dan setiap ujian yang hadir adalah merupakan 'pertembungan naluri baik & jahat' di mana kita perlu membuat keputusan dengan segala kekuatan diri yang ada meliputi ilmu, amal, pengalaman & kecintaan... :-)
    • Awasilah bisikan licik nafsu diri yang sering menganggu gugat segala niat, perancangan & perbuatan kita untuk berubah dan menjadi lebih baik dari semalam..
    • orang sufi akan melupakan setiap kebaikan yang dilakukan terhadap orang lain tetapi akan mengingati setiap kebaikan orang terhadapnya... Maka takyahlah nak ungkit2 apa yang kita dah tolong orang ya... Nanti hati jadi sakit, jiwa jadi kacau, diri jadi sasau... :-)
    • tatkala berdoa, janganlah ada unsur atau lafazan dari niat yang berupa 'ugutan' atau 'paksaan' kepada Allah...betapa kurang ajarnya kita lantaran mahukan sesuatu tetapi malas berusaha bersungguh-sungguh, kita terus meminta dan menyelitkan ugutan seperti 'panjangkanlah umurku jika aku boleh beri menafaat pada orang lain & ambillah nyawaku jika sebaliknya...' siapa kita yang sibuk tentang sakratul maut?
    • Hati kita boleh jadi sangat sakit melihat kemungkaran di depan mata, apa yang mampu kita lakukan? Adakah kita menegah dengan kasih sayang atau membentras dengan kemarahan? Di situ terselit intipati pengorbanan.. Cuba fikir2kan..
    • Setiap turun naik nafas & peredaran darah dalam diri berada dalam kekuasaanNya, antara bukti kasih sayang Ilahi, bertaubatlah tanda nikmat dan rahmat disyukuri.. Sesama manusia kita berbakti, sesama ukhwah kita cintai, sesama perguruan kita hormati, sesama makhluk kita akui kebesaran Ilahi..
    • Barang yang lepas jangan dikenang, kelak merosak seluruh badan; angkuh & riak dijauhi jua, agar diri tidak mudah terlupa; guru & ikhwan dihormati sentiasa, agar hubungan terpateri siaga; nafsu & hawa diikat kemas, agar perjalanan tidak lemas..
    • orang yang selalu awal - awaludin; orang yang suka berjalan - jalaludin; orang yang suka duduk dalam bilik- kamarudin, orang yang suka bantu orang - amaludin; orang yang suka tanya - soaludin; orang yang tinggi sabar - sabarudin; orang yang suka menyapa orang lain - khairudin; :-)
    • agak-agak wajah kita yang kita lihat dicermin itu sama seperti yang orang lain lihat? puas kita berdandan, puas kita ber'smart' dengan suite., neck tie dsbnya... namun orang masih mengelak dari melihat wajah kita.... rasa-rasanya kenapa? :-)
    • adakah hakikat nilai RM1 sama dengan hakikat nilai RM1juta.....? berapakah nilai sehela nafas yang turunnaik dengan kadar ibadah yang kita laksanakan selama puluhan tahun? tidakkah kita mahu berfikir?

    • Apa jaminan yang kita perolehi dari Allah akan penghujung hidup kita dengan wang atau harta yang kita ada? Kedaifan masa lampau kita tidak menjadi ilmu lansung tatkala kita mula takut akan kehilangan hatta rm1 dari poket kita.. Layakkah kita mendapat syafaat? Sedangkan kita tahu pengorbanan para sahabat kepada Tuhan, Rasul & ummah..     



              -Akusijebat via Sifu Mirza

    2 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    Anda diijemput utk join GA saya ! :')

    Unknown berkata...

    insya Allah..thanks ar jgn lupa fllw sy :)