followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label titanic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label titanic. Papar semua catatan

Ahad, 29 April 2012

Surat ketua kumpulan muzik atas kapal Titanic dilelong



LITTLETON, Colorado, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping surat yang ditulis oleh seorang ketua kumpulan muzik dari Britain di atas kapal Titanic kepada ibu bapanya di England lima hari sebelum kapal itu tenggelam dijual pada harga mencecah AS$155,000 (RM471,432) dalam satu bidaan dalam talian kelmarin.

Sebuah syarikat pelaburan AS membeli surat yang ditulis oleh Wallace Hartley, 33. Hartley dikatakan bermain muzik untuk menenangkan para penumpang ketika kapal itu mulai tenggelam.

"Surat ini adalah sebahagian kecil daripada tragedi Titanic," kata eksekutif firma lelongan RR Auction yang berpangkalan di New Hampshire, England, Bobby Livingston.

Hartley menghantar surat itu pada 11 April 1912 ketika Titanic berlabuh di Queenstown, Ireland. Titanic karam pada pagi 15 April dalam pelayaran sulungnya yang mengorbankan 1,517 nyawa.

"Kami ada kumpulan muzik yang bagus. Kapal ini cantik dan kami dapat banyak duit selepas membuat persembahan di sini," tulis Hartley di atas sekeping kertas dengan kepala surat bertulis "On board R.M.S. Titanic."

Menurut Livingston, duit tip adalah sumber pendapatan utama Hartley dan pemuzik lain di atas Titanic. Banyak mata wang ditemui di dalam poket Hartley ketika mayatnya ditemui terapung di lautan Atlantik dua minggu selepas tragedi itu berlaku. - Reuters

Sumber: SH

Isnin, 16 April 2012

Satu abad tragedi Titanic, mangsa diperingati


BELFAST - Satu taman peringatan yang mengandungi monumen semua nama mangsa yang maut dalam tragedi kapal pelayaran Titanic yang karam 100 tahun lalu di bina di Belfast City Hall.

Pengerusi Persatuan Titanic 100, Andrew Murphy berkata, acara memperingati 1,500 mangsa yang meninggal dunia itu dimulakan dengan menaburkan bunga ke di tapak bangkai kapal dari MS Balmoral iaitu sebuah kapal pelayaran yang telah merentasi Lautan Atlantik dan diikuti dengan berdiri senyap oleh kira-kira 300 orang awam yang dihadiri.

Sementara itu, di Halifax, sebuah bandar pelabuhan Kanada pula, 1,000 penduduk tempatan dan pelancong berpakaian klasik yang ditempah menghadiri satu acara keagamaan di tanah perkuburan di mana 121 mangsa Titanic disemadikan.


Selain itu, kapal-kapal di pelabuhan mula belayar ke perairan Atlantik yang berais bagi seolah-olah untuk memberikan bantuan berikutan tenggelamnya Titanic.

"Tujuan kami berkumpul hari ini untuk memperingati tragedi, bukan sahaja ini kerana ia sebagai kapal legenda, tetapi kehidupan yang diragut oleh kapal itu.

“Kami juga ingin memberi penghormatan kepada wira kampung halaman kami dengan maruah dan hormat kepada sukarelawan yang meletakkan nyawa mereka pada risiko untuk membawa mangsa ke darat dan orang-orang mengetepikan kepentingan diri demi menyelamatkan orang lain,” katanya.

Titanic tenggelam selepas melanggar bongkah ais kira-kira 800 kilometer (500 batu) tenggara Halifax pada 15 April 1912 sewaktu pelayaran pertamanya dari England ke New York, Amerika Syarikat.

Seorang cucu saudara mangsa, Jane Allen yang ditemui berkata, datuk Thomas Pir mengikuti pelayaran itu bersama isteri yang baru dikahwininya, namun berjaya diselamatkan kapal MS Balmoral menyifatkan sambutan itu satu pengalaman "luar biasa.”

Sumber&Kredit: Sinar Harian

Sabtu, 7 Januari 2012

Artifak Titanic Akan Dilelong


Salam...
Siapa yang dah tonton filem Titanic? Cisss..! apa punya soalan ni..budak tadika pun boleh jawap!!
hehe...lek luu!! Aktuli gua bukan nak cite pasal filem tu..semua pun memanglah pernah tengok kan?
yang tu filem, tapi ni yang betul-betul punya ceritaaa...
Aktuli gua nak khabarkan pasal 'Harta Karun' yang tenggelam bersama dengan kapal titanic, pada 14 April 1912 yang telah meragut lebih 1,500 nyawa.

Sempena ulang tahun ke-100 tragedi menyayat hati itu, iaitu pada April depan (lama lagi).
Satu lelongan pada lebih 5,500 artifak seperti rantai berlian,tembikar china dan beberapa bahagian peralatan dari kapal Titanic akan dibuka. Kesemua artifak itu akan dilelong sebagai satu koleksi tunggal di rumah lelongan Guernsey di New York berhampiran pelabuhan yang sepatutnya menjadi lokasi terakhir titanic berlabuh.

Presiden Guernsey, Arlan Ettinger berkata, tujuan kesemua artifak mempunyai nilai tersendiri itu disenaraikan sebagai koleksi tunggal bagi mengelakkan ia terjejas dan musnah.
So, kepada peminat barang-barang antik,inilah peluang korang nak dapatkan artifak dari kapal Titanic.
tapi nilainya kompemlah berjuta-juta dolar..

p/s sape tahu Feri Malaysia kat mana sekarang