Assalam..
salam jumaat semua..
seperti mana yang kita maklum bahawa hari ini tanggal 8 ogos 2014 adalah hari boikot McD semalaysia..
rasanya kempen ini mungkin akan mencapai objektifnya dan boleh dikira berjaya memandangkan beberapa hari sebelum ini kelihatan premis makanan segera itu tidak "semeriah" dulu.. sambutan daripada orang ramai yang bertindak memboikot seperti sudah dijangka berikutan kemarahan mereka terhadap kezaliman zionist israel yang terus menyerang bumi gaza di palestine tanpa belas kasihan.
Namun disebalik kisah ini terselit juga cerita yang agak menyedihkan bagi pihak McD sendiri. soal kesahihan cerita bahawa McD (malaysia) turut menyalur dana kepada israel masih tidak dapat dipastikan lagi kebenarannya. itu kita ketepikan.. tapi bagaimana pula situasi para pekerjanya? tentunya mereka adalah dikalangan rakyat tempatan, anak-anak muda yang ikhlas mencari nafkah dan sesuap nasi untuk menyara hidup bahkan juga menyara keluarga mereka.
Dalam situasi ini mereka turut dikecam orang ramai malah tidak kurang diherdik dan dimaki..
persoalannya adakah mereka ini layak menerima "hukuman" seperti ini? gua sendiri tak tahu nak jawab.. takut ditempelak..lagi naya.
ikuti keluhan beberapa pekerja McD yg ditemubual oleh sebuah akhbar beberapa hari yang lalu..
“Memang dahulu ada kempen boikot tetapi hanya sementara... apa nak buat kak, mereka tak nak makan McDonald’s lagi.
“Kadang-kadang ada yang malu nak membeli di kaunter dan beli di laluan pandu lalu,”
-pekerja McD melaka
“Kami hanya bekerja mencari rezeki, bukannya menyokong Israel."
“Saya sudah bekerja di sini empat tahun dan sebelum ini kempen yang sama pernah dilakukan, tapi ia tidak begitu ketara berbanding sekarang.
“Tapi saya sendiri pun takut sekarang sebab ‘orang luar’ pandang kami seolah-olah menyokong Israel sedangkan kami tidak tahu apa-apa,”
-pekerja McD N.sembilan
situasi di McD alamanda yang gua sempat klik |
Mereka dikatakan terlalu tertekan dengan situasi yang berlaku malah ada sebilangannya ketakutan ketika memakai pakaian seragam mereka.
Maaf jika gua keluarkan sedikit pendapat atau nasihat..bagi gua mereka tak sepatutnya turut disalahkan kerana mereka cuma pekerja saja..kalau ada yang nak boikot,boikot sajalah..xperlu marahkan mereka. simpan sedikit simpati pada mereka ini,jangan terlalu emo.
apa pun kita sama-sama berdoa akan keselamatan saudara kita di palestine dan turut doakan kehancuran israel laknatullah..
- jom join gua di spshops! jana pendapatan yang lumayan..jommm
nak komen lebih risau nanti ada pulka yg terasa..pastu ada gak dgr mcD di msia ni kebanyakan di monopoli oleh Bumiputera..pastu betul ke McD msia beri sumbanan kepada rejin zionis tu..berapa percent sgt sumbaga dari mcD msia ni..entahlah..so serah kepada mereka yg lebih mengetahui..
BalasPadamntalah jari manis.. kita x pasti lg benda ni.. doakan palestine
BalasPadamApa yang kita boleh cakap memang ada benarnya mereka bekerja di situ hanya mencari rezeki...
BalasPadamBak kata Ustaz dalam fikrah di MHI...kalau kita nak Boycott pun buat cara yang berhemah...