followers

busuk.org

Jumaat, 15 Ogos 2014

22 ogos hari berkabung negara



Assalam..


Gambar Hiasan


16 jenazah MH17 akan dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Ogos ini untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing, pada hari yang sama juga diumumkan sebagai hari berkabung negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua jenazah dijadualkan dibawa menggunakan penerbangan khas dan tiba di tanah air pada jam 10 pagi pada tarikh tersebut.



Katanya, setakat ini, 24 jenazah warga negara Malaysia telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Amsterdam dan melibatkan 14 penumpang dan 10 anak kapal.
“Untuk 22 Ogos ini, seramai 16 jenazah telah siap sedia untuk dibawa pulang, manakala lapan lagi jenazah yang belum melalui proses lengkap akan dihantar pulang secara berperingkat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan majlis taklimat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17 di sini, semalam.

Sumber: SH

p/s hari berkabung negara tidak diisytihar sebagai cuti umum


3 ulasan:

Unknown berkata...

mohon semua urusan di permudahkan oleh Allah swt . . .

Unknown berkata...

Aamiin...
itulah harapan kita yenda..

Jari Manis berkata...

Alhamdulillah, semoga dp d semadikan dgn aman