Assalam..
Sejahil manapun manusia namun jauh dilubuk hatinya memang ada tersimpan hasrat untuk menjadi yang lebih baik.
'kebatilan' tak semestinya terus 'berkandang' dalam jiwa seseorang, ya itu yang pasti..
“Sebesar-besar dosa seseorang di Hari Kiamat ialah orang yang banyak melibatkan diri dalam perkara-perkara kebatilan.” ini dah tertulis..
Bila kita menyebut hijab,maka tumpuan kita akan terarah pada perubahan (yang tak bertudung kepada yang bertudung yakni aurat).
Gua sebenarnya bukan bercerita tentang agama, sebabnya gua pun agak jahil dalam perkara ni (mengaku) namun serba sedikit mungkin akan terselit jugak.
Gua sebenarnya tertarik pada penghijrahan seorang yang mungkin sebelum ini dipandang serong oleh masyarakat. siapa dia? tentu korang tahu dan mengenali nama Felixia Yeap bukan? yang tak tahu gua nak kenalkan seringkas yang mungkin kat korang..
Yeap adalah merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan bekas model Playboy Bunny dan mula berhijab akhir Disember tahun lalu. Semenjak dari itu, dia aktif dalam memperagakan busana Muslimah dan terlibat dalam beberapa program diskusi agama. namun sejauh mana kepercayaan orang ramai terhadapnya dan bagaimana pula tentang penerimaan? bagi gua perkataan pertama yang terungkap adalah ALHAMDULILLAH.
Sejak berita 'penghijraannya' mula tersebar meluas, ramai yang cuba mengikuti perkembangan bekas finalis dewi remaja 2005 ini. pelbagai reaksi daripada orang ramai dan juga peminatnya sendiri malah ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang cuba menentangnya. namun nekadnya untuk berubah kerana Allah membuatnya tabah dan tenang menghadapi kritikan dan juga tomahan.
kontroversi mengenai gambar-gambarnya di laman sosial seperti facebook terus menjadi perhatian.
"Gambar-gambar lama tu saya akan delete (padam), tapi ianya akan makan masa berminggu-minggu (tanpa kerja atau buat kerja lain) ...kerana ianya adalah gambar dari tahun 2010/2011 sehingga sekarang, jadi bukan satu dua gambar, tapi beribu-ribu," kata beliau di Facebook.
Menurut Yeap, gambar-gambar lama beliau merupakan bukti perubahan dirinya dan diharap menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.
"Diminta janganlah 'Like' gambar-gambar lama tu. Yang itu (gambar) adalah dulu, saya sekarang dah bertaubat," ujarnya lagi.
ini antara komen-komen peminatnya dilaman facebook,
"Be strong Felixia Yeap. Kadangkala ALLAH hilangkan mentari... kemudian Dia datangkan guruh...puas kita menangis... mencari mana mentari kita... rupa-rupanya ALLLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah.
Oleh itu sabarlah duhai insan, ada kemanisan disebalik kepahitan. InsyaALLAH.."
"Pada yang di luar sana jangan menilai manusia itu dari kisah silamnya. Islam itu mudah, jangan kita susahkan dan sukarkan pada mereka yang ingin mengenal Islam.
Cermin diri kita sendiri yang sedia Islam, adakah kita sudah menjadi contoh pada mereka? Ramai di luar sana yang sedia Islam dan lahir dalam Islam yg masih 'bertelanjang' auratnya..kenapa tidak menegahnya?
Berilah kesabaran anda pada Felixia Yeap agar dia terus kuat," tulis seorang lagi peminatnya.
Nasihat gua kepada mereka-mereka diluar sana, janganlah kita menghalang orang lain daripada berbuat kebaikan, sebaliknya kita turut sama mendoakan semoga yeap terus diberi hidayah..
aamiin.
Firman Allah dalam Surah al-Syams
Ertinya :
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya, serta mengilhamkannya, untuk mengenal jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawa kepada takwa, sesungguhnya berjayalah orang membersihkan dirinya ( dengan iman dan amal kebajikan ) dan hampalah orang yang susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab kekotoran maksiat ).
Ayat ini menjelaskan bahawa sebenarnya kita mempunyai kemampuan ilmu dan kemahuan untuk membezakan dan menjauhi kejahatan dan menghampiri kebaikan.
Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen Anda?