followers

busuk.org

Khamis, 26 Jun 2014

Gempar! makan nasi kandar boleh positif dadah!





Assalam..

sungguh menggemparkan dan sungguh mengejutkan! korang percaya tak makan nasi kandar boleh positif dadah? ni bukan cerita rekaan atau spekulasi macam citer MH370 tu.. ini memang betul-betul terjadi!

Penggemar nasi kandar diminta berhati-hati memakan makanan itu kerana didapati ujian air kencing selepas memakannya boleh positif DADAH! 

perkara ini disahkan sendiri oleh agensi anti dadah kebangsaan (AADK). menurut pengarah AADK selangor, ujian yang dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil dadah.

"pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan. oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pula" - pengarah AADK

info: nasi kandar adalah makanan terkenal dari utara semenanjung malaysia.

p/s aku makan nasi lemak je hehehe..




Tiada ulasan: