Assalamualaikum...
Gua rasa tertarik dengan artikel yang sepatutnya mendapat sokongan semua pihak..
gua cuma kongsikan dan tolong menyebar..
Elaun COLA (Cost Of Living Assistance) mula diperkenalkan kerajaan pada tahun 1970an dahulu, pernah diberhentikan dan diperkenalkan semula pada tahun 2012 melalui pekeliling JPA ini.
Walau bagaimanapun, kakitangan Sabah/Sarawak tidak diberikan Elaun Cola dengan alasan kakitangan Sabah/Sarawak atau kakitangan yang berasal dari Semenanjung Malaysia tetapi berkhidmat di Sabah/Sarawak telah diberikan
Elaun Insentif Wilayah.
Isu ini sudah dibangkitkan sejak beberapa tahun yang lalu sama ada oleh parti pemerintah mahupun parti pembangkang di Sabah, tetapi masih tidak ada keputusan sama ada telah disampaikan atau tidak kepada pihak JPA.
Baru-baru ini, dalam satu perbincangan dengan kakitangan kerajaan di Sabah, mereka meminta saya menulis perkara ini, kerana mereka berasa tidak adil. Sudah tentu saya mesti menulisnya, kerana saya mesti menyuarakan isu ini supaya pihak Cuepacs sedar dan pihak kerajaan pun akan mengetahuinya. Jika saya tidak menulisnya bermakna saya tidak berlaku amanah kepada YAB Perdana Menteri yang perlu mengetahui isu ini.
Kita tidak boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat, kerana kesan teknik bertahan yang dilakukan oleh David Moyes di Manchester United akhirnya memakan diri, di mana Moyes disingkirkan dan Manchester United gagal ke perlawanan kelab Juara-Juara Eropah. itu kat eropah, kat malaysia kita boleh ambil kelantan sebagai contoh..steve darby GAGAL! Kita tidak mahu isu ini dimanupulasi oleh pihak pembangkang dengan cara yang buruk seperti demontrasi.
Sebagaimana kata YAB Perdana Menteri kita, kita mesti ke depan menyelesaikan masalah, bukan di belakang menunggu masalah.
Saya berharap pihak Cuepacs terutamanya, supaya mengambil perhatian yang berat tentang isu ini kerana harus diingat kakitangan kerajaan di Sabah/Sarawak adalah penyokong tegarkerajaan persekutuan sejak sekian lama.
Pihak Cuepacs harus keluar dari kepompong lama, janganlah hanya memohon bonus setiap kali Bajet diumumkan kerana kita semua tahu Kerajaan kita pasti akan memberinya. Sejak sekian lama, sama ada semasa senang atau susah, kerajaan kita sentiasa memberikan bonus ataupun bantuan setiap kali pembentangan Bajet. Jadi Cuepacs tidak perlu lagi mengejar populariti ini.
Pihak Cuepacs janganlah hanya kelihatan memperjuangkan kakitangan kerajaan 'orang semenanjung' sahaja kata mereka. Perasaan-perasaan seperti ini hendaklah dihapuskan kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, YAB Dato' Seri Najib tidak pernah membeza-bezakan rakyatnya. Malah beliau tegas berkata, "every single person" sangat penting kepadanya. Malahan YAB Dato' Seri Najib sendiri memberitahu bahawa segala keperluan rakyat Sabah dan Sarawak mesti diberi perhatian serius.
Di dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan JPA sebaliknya pihak kesatuan sekerjalah yakni Cuepacs perlu ke depan untuk meyakinkan pihak JPA mengapa kakitangan Sabah/Sarawak atau Semenanjung yang berkhidmat di Sabah/Sarawak perlu menerima juga Elaun Cola.
Jika Cuepacs tidak ada kertas kerja mengenai perkara ini bagaimana JPA hendak memahami emosi mereka? Semalam sahaja di Dewan Negara sudah ada isu-isu emosi kakitangan awam dibangkitkan. Jika Cuepacs tidak pernah menyuarakan hal ini kepada YAB Perdana Menteri, bagaimana Perdana Menteri boleh tahu perasaan kakitangan Sabah/Sarawak? Jika saya tidak menulisnya pula, saya akan menjadi orang yang tidak sensitif dan tidak membantu kerajaan kerana hanya berdiam diri. Sedangkan kerajaan perlu tahu isu ini.
Dalam laman rasmi Cuepacs, saya mendapati mereka ada menyentuh tentang Elaun Cola tetapi hanyalah tuntutan kenaikan daripada RM300 kepada RM450 dan tuntutan supaya diselaraskan tanpa mengira kawasan luar bandar dan bandar. Amat malang sekali, Cuepacs langsung tidak berminat untuk memperjuangkan Elaun Cola kepada kakitangan Sabah/Sarawak ataupun kakitangan Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak. Mereka bertanya saya, apakah perjuangan Cuepacs hanya untuk kakitangan orang Semenanjung Malaysia sahaja?
Nation Building
Cuepacs harus faham kita bukan setakat bercakap isu elaun Cola ini, tetapi kita sedang bercakap tentang isu kenegaraan, our nation building yang melibatkan isu-isu a sense of ownership/a sense of belonging. Negara kita Malaysia ini adalah meliputi Sabah dan Sarawak juga, kita sedang bercakap tentang perpaduan nasional, patriotik nasional bukan lagi Malay centric tetapi Malaysia centric. YAB DS Najib adalah Perdana Menteri kepada semua rakyatnya termasuk di Sabah dan Sarawak.
Dari segi politik sahaja, kita lihat tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerajaan kita sudah tumbang lama sejak 2008 lagi. Oleh yang demikian, sokongan mereka perlu diberi penghargaan yang sewajarnya.
Oleh yang demikian, saya merayu kepada pihak Cuepacs supaya berfikir dengan lebih terbuka dan melihat isu ini sebagai isu yang mesti diselesaikan segera sebelum PRU14. Mengapa tidak sebagai hadiah Hari Pekerja pada 1 Mei ini !
Sekiranya pihak Cuepacs berjaya meyakinkan YAB Perdana Menteri dan pihak JPA, saya tidak nampak perkara ini tidak boleh diberikan. Jika pihak Cuepacs boleh menyediakan justifikasi yang betul dan implikasi kewangan yang jelas, saya fikir pihak JPA akan mempertimbangkannya dengan wajar.
Janganlah berfikiran kakitangan Sabah/Sarawak sudah menikmati elaun insentif Wilayah maka tidak perlu mereka menerima elaun Cola pula. Ini adalah idea lama, sedangkan YAB DS Najib sudah bercakap tentang 'new politic'.
Pihak Cuepacs harus membuka semula buku sejarah, bahawa Elaun Wilayah mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan terkandung di dalam Perkara 20. Jika ada pihak yang membangkitkan isu ini, maka perbincangan topik ini akan menjadi panjang lebar dan rumit.
Sejarah pembinaan negara kita, sejarah politik negara kita, dengan isu-isu keselamatan yang semakin mencabar, saya berharap pihak Cuepacs membuka minda mereka jauh ke hadapan.
Bayangkan anggota keselamatan di sempadan wilayah Esszone, mereka memperjudikan nyawa mereka di sana untuk nation building kita, bayangkan guru-guru yang bertugas di kawasan Tanduo, dan sebagainya, alangkah gembiranya mereka, keluarga mereka jika perkara ini dapat diperjuangkan sehingga berjaya.
Malah saya yakin kakitangan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak pasti akan turut gembira sekiranya perkara ini dapat direalisasikan.
Kepada kepimpinan Cuepacs, marilah kita membantu YAB DS Najib dan kerajaan memantapkan lagi sokongan padu rakyat kepada kerajaan.
Kepada kakitangan Sabah/Sarawak dan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak, bagaimana pandangan anda?
Kepada kakitangan Sabah/Sarawak dan dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah/Sarawak, bagaimana pandangan anda?
maaf kalau ada yang x senang duduk dengan artikel ini..
warning! sila jangan sentap.. :p :p
p/s sebut pasal cuepacs,mesti semua menjurus kearah pemberian bonus..itulah mentaliti orang kita.yang lain tolak tepi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan