followers

busuk.org

Jumaat, 23 Mei 2014

4 sekawan tawar urutan badan


Assalam..

kewujudan perkhidmatan mengurut di negara ini seolah-olah telah menjadi satu fenomena bagi masyarakat kita, jika dulu pekhidmatan seperti ini jarang kita dengar melainkan ia di tawarkan oleh pengamal-pengamal perubatan tradisional di kampung-kampung, kini dimana-mana kita boleh melihat khidmat seperti ini termasuklah spa dan juga kaki lima.



Namun berbeza pula dengan perkhidmatan urutan yang ditawarkan di salah sebuah zoo di Cebu, filipina.
empat "sekawan" michelle,walter,EJ dan daniel menawarkan urutan badan secara percuma kepada pengunjung zoo berkenaan. tapi jangan sentap apabila 4 "sekawan' tadi bukanlah manusia seperti yang kita sangka. ia adalah sekumpulan empat ekor ular sawa burma yang sangat besar dan "menakutkan".

sesi urutan selama 15 minit itu bagaimanapun akan diperhatikan oleh penjaga zoo berkenaan dan tidak dibenarkan kepada mereka yang menghidapi lemah jantung.

berani tak?? hehehehe....

p/s geliiinyeeee......



Tiada ulasan: