followers

busuk.org

Sabtu, 29 Mac 2014

MH370: Penumpang minta tolong dari DIEGO GARCIA?



Assalam.. 

hari ini sudah masuk hari ke 22 tak silap gua mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 yang yang terus menjadi misteri. walaupun sudah diisytiharkan sebagai terhempas di selatan lautan hindi namun belum ada bukti yang jelas bahawa ianya betul-betul "berkubur" disitu. misi mencari dan menyelamat (SAR) masih lagi diteruskan dengan beberapa lagi petunjuk baru yang dikesan oleh satelit. namun seperti hari-hari yang sudah tidak ada sebarang objek yang berjaya ditemui dan dibawa naik. pagi ini gua ingin kongsikan satu cerita atau petunjuk dan mungkin juga satu lagi teori mengenai kejadian ini namun sebelum itu gua ingin memohon maaf kepada yang berkenaan kerana berkongsikan cerita terbaru ini yang mungkin dianggap sebagai spekulasi atau hanya khabar angin. sesungguhnya gua tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan melainkan hanya berasa bertanggungjawab dengan tragedi ini dan sedikit sebanyak ingin membantu. walaupun gua tidak ada kena mengena dengan mana-mana mangsa yang terlibat.

Gua sebenarnya tertarik dengan satu berita yang dimuatnaik beberapa jam yang lalu. bagi gua mungkin ada sedikit kebenarannya mengenai berita ini dan memohon kepada pihak yang bertanggungjawab supaya dapat memberikan perhatian dan menyiasat sejauh mana kebenarannya.

Salah seorang penumpang dari penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang telah berjaya memberitahu kedudukan semasanya ketika ini.Lelaki tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Philip Woods di sebuah forum juga telah berjaya memuatnaik gambar profile yang kelihatan gelap .Setelah di selidik, sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku apabila gambar tersebut dimuat naik ianya nyata dari kepulauan Diego Garcia!

Hal ini menggemparkan pengguna forum yang membacanya dan sedang viral di internet.Nampaknya 'Teori Diego Garcia' yang hangat diperkatakan beberapa blogger Malaysia dan antarabangsa seperti ada kebenarannnya.
Status Philip Wood di forum tersebut
"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. "



Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya :http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg


Dan dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat : 


Camera: Apple iPhone 5

Date: March 18, 2014 8:49:41PM

Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East

( -7.316197, 72.426544 )





Hal ini bertepatan dengan yang dilihat oleh beberapa saksi di Pulau Maldives.Mereka melihat satu pesawat besar terbang rendah menuju ke arah pulau Diego Garcia pada 8 Mac yang lalu.


Di akhir post tersebut ada yang menarik diperkatakan
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "

Admin juga telah meneliti gambarnya dan hasilnya memang benar seperti yang didakwa lelaki tersebut


Tarikh gambar diambil
Koordinat gambar diambil


Smartphone yang digunakan Philip Woods


Dan bila dimasukkan koordinat tersebut pada Google Maps inilah hasilnya


Philip Wood tersenarai dalam senarai penumpang MH370

Kenapa DIEGO GARCIA? sebut saja tentang diego garcia semua seolah sudah tahu siapa yang menjadi dalang andai benar MH370 dirampas!! ya Allah apa dosa mereka dijadikan mangsa dalam tragedi ini? siapa yang boleh menjawab semua ini? adakah kita akan terus disajikan dengan teka teki yang tidak akan berpenghujung dan tidak akan terjawab sampai bila-bila? semua ini akan terus menjadi permainan minda dimana saja. wallahualam.





2 ulasan:

Intan Saffyna berkata...

hi..singgah baca enrty dan follow awak ;)

Unknown berkata...

thanks intan.. nnt jebat sggh blog awk ek :)