followers

busuk.org

Selasa, 24 Julai 2012

Saintis berjaya cipta obor-obor tiruan


As'salam



PARIS - Menggunakan sel daripada jantung tikus dan silikon polimer yang amat nipis, sekumpulan saintis kelmarin melaporkan mereka telah mencipta obor-obor tiruan yang mungkin boleh menyelamatkan pesakit jantung. penemuan itu diharapkan mampu untuk menghasilkan sebuah pam untuk jantung.

Seorang profesor kejuruteraan bio di Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Universiti Harvard, Kevin Kit Parker mengetuai kajian untuk menghasilkan obor- obor tersebut. penciptaan itu membolehkan para saintis mengkaji sistem pam sekali gus menciptanya untuk kegunaan jantung manusia yang bermasalah.

Obor-obor itu diletakkan di dalam sebuah tangki makmal yang mengandungi cecair yang boleh mengalirkan elektrik.

Para saintis itu kemudian meletakkan suis bagi menyalirkan tenaga elektrik berkuasa satu atau lima volt ke dalam cecair tersebut bagi membolehkan obor-obor itu bergerak. - AFP

Sumber: Kosmo

Giveaway : Saya Nak Kad Raya





As'salam..

gua join 
Giveaway : Saya Nak Kad Raya
korang bila lagi? haaa klik sini

"akusijebat blog peribadi,
berkongsi maklumat setiap hari,
ramadan kini menjelma lagi,
raya pulak dinanti-nanti"

haha... ok ka ni missz?

Tamat : 02/08/2012, jam 5 petang

p/s sampaikan salam pada cik purple..hehe

Kemalangan bongkar kegiatan dadah


As'salam


Kemalangan jalanraya yang menimpa seorang lelaki di Alor Gajah baru-baru ini, telah membawa kepada pembongkaran satu kegiatan memproses dadah di sebuah rumah teres satu tingkat di Semabok.

Pembongkaran bermula apabila polis menemui dadah jenis syabu seberat 500 gram bernilai RM201,758 di dalam beg sandang yang dibawa oleh lelaki berusia 36 tahun tersebut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) pada pukul 7 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md. Azmi Othman berkata, pihaknya curiga apabila lelaki itu beriya-iya mahu menyelamatkan beg sandangnya sedangkan ketika itu dia sedang dalam kesakitan.

p/s sepandai-pandai monyet bergayut akhirnya jatuh menyembah bumi ekeke..