followers

busuk.org

Jumaat, 22 Jun 2012

Lembaga panjat belakang pelajar, 22 histeria!

As'salam..

Sebuah sekolah menengah di Pokok Sena semalam gempar apabila 22 orang pelajar perempuannya di serang Histeria.

Kejadian dikatakan bermula kira-kira jam 10.15 pagi ketika sekumpulan pelajar yang baru menamatkan latihan sukan di padang sekolah sedang berjalan menuju ke arah kantin. Pelajar tingkatan empat, Muhammad Nabil Fikri Abdul Rahim berkata, pada masa itu, seorang pelajar perempuan daripada tingkatan yang sama dengannya, tiba-tiba jatuh pengsan dan terus meracau.

Kejadian histeria itu turut melibatkan beberapa individu lain di pelbagai lokasi termasuk di blok bangunan yang lain juga di pintu masuk sekolah.

Sebelum itu, seorang pelajar disitu mendakwa melihat satu lembaga aneh memanjat belakang seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan sukan di padang sekolah berkenaan.

“Pelajar lelaki itu jatuh dan mengadu belakangnya terasa berat namun orang lain tidak nampak apa-apa,” katanya.

Sumber: SH


Hati buta disebabkan 10 perkara

As'salam..

Hati buta disebabkan 10 perkara ini, mari kita kongsikan...

1. - Kamu mengenal Allah SWT, tetapi kamu TIDAK MENUNAIKAN HAK-NYA

2. - Kamu mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu MENOLAK SUNNAHNYA.

3. - Kamu membaca al-Quran tetapi kamu TIDAK BERAMAL DENGANYA.

4. - Kamu makan nikmat Allah SWT, tetapi kamu TIDAK MENSYUKURINYA.

5. - Kamu berkata SYAITAN itu musuh kamu, tetapi kamu TIDAK MENENTANGNYA.

6. - Kamu berkata bahawa SYURGA itu benar, tetapi kamu TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.

7. - Kamu berkata bahawa NERAKA itu benar, tetapi kamu TIDAK LARI DARIPADANYA.

8. - Kamu berkata MATI itu benar, tetapi kamu TIDAK BERSEDIA UNTUKNYA.

9. - Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia, tetapi kamu LUPA KEAIBAN SENDIRI.

10. - Kamu kebumikan mayat, tetapi kamu TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARINYA.

Semoga kita tidak menjadi manusia yang lalai pada tuntutan agama...

Sumber: facebook