followers

busuk.org

Ahad, 10 Jun 2012

Shah Rukh Khan Mahu Beli Kelab Bolasepak Tertua Di India



As'salam..

Selepas membeli kelab kriket Kolkata Knight Riders, kini aktor terkenal bollywood, Shah Rukh Khan
dikhabarkan akan membeli sebuah kelab bola sepak tertua di india, Dempo SC.

Beliau dikatakan sedang berkira-kira untuk membeli 50% saham kelab itu yang dianggarkan berjumlah, kira-kira Rs30 Crore (RM17.4 juta).

Pemilik Dempo SC, Shrivinas Dempo mengesahkan pihaknya sudah mula berbincang dengan Shah Rukh mengenai perkara itu namun belum lagi mencapai apa-apa kata sepakat kerana ia masih dalam perbincangan.

Sumber: Kosmo


Facebook Diramal Berkubur Menjelang 2020

As'salam



Facebook, sebuah laman sosial popular yang menjadi pilihan semua golongan ketika ini dikatakan bakal hilang popularitinya dan kemungkinan 'berkubur' menjelang tahun 2020.

Menurut Penganalisis Kanan Pelaburan, Eric Jackson, kejatuhan nilai facebook di pasaran saham mungkin menjadi petanda buruk yang akan menimpa syarikat laman sosial gergasi itu pada masa akan datang.
seperti yang berlaku keatas syarikat gergasi internet, Yahoo.

Kata Eric lagi, persaingan dengan syarikat pengeluar telefon pintar yang menyediakan pelbagai aplikasi baru dikatakan menjadi antara penyebab kejatuhan facebook. kerana menjelang 2020, laman sosial dan web portal tidak lagi menjadi pilihan utama terutama bagi golongan remaja berbanding aplikasi telefon pintar.

logik ke tak logik? haha...

p/s kita tengok je la nanti ye



Gempar! Tiga Kubur Lama Digali

As'salam


Kejadian tiga kubur lama digalli telah menggemparkan penduduk di kampung Tanjung Pisau-Lalason, Sandakan, Kubur yang telah berusia lebih 50 tahun dan terletak berhampiran kawasan sungai itu ditemui dalam keadaan baru sahaja digali. Ia disedari oleh beberapa penduduk yang kebetulan menjalankan aktiviti memukat ikan di kawasan berhampiran.

Ketiga-tiga kubur berkenaan digali sedalam lebih satu meter sementara batu-batu nisan dibiarkan berselerak.

Sumber: Kosmo