followers

busuk.org

Khamis, 31 Mei 2012

Jata Negara Dicuri Di Istana Negara

As'salam




Jata Negara termasuk 10 lambang yang lain dicuri pada dinding pagar Istana Negara lama. Jata Negara yang merupakan lambang rasmi negara itu dipercayai diumpil dari dinding pagar oleh pencuri terbabit. satu laporan polis telah dibuat.

Jata Negara:  

Jata Negara ialah lambang rasmi negara hasil gabungan pecahan bintang 14 yang menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan memperlihatkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Lima bilah keris pula menandakan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Harimau sebagai penumpang Jata negeri- negeri Melayu Bersekutu itu digunakan dalam Lambang Malaysia manakala warna kuning ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Sumber: Kosmo


Gempar! Tukang Kayu Nampak Pelesit Atas Siling


As'salam



Seorang tukang kayu terkejut apabila ternampak satu lembaga misteri diatas siling asrama sebuah sekolah.
beliau yang sedang membaik pulih siling asrama berkenaan sempat merakamkan imej lembaga itu yang sedang berdiri sambil memerhatikannya.

Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut. namun lembaga itu terbang dan hilang apabila imejnya cuba dirakam sekali lagi.

Menurut seorang pengamal perubatan, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal diatas bumbung asrama berkenaan. menurutnya lagi, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir. tambahnya lagi ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria.

Sumber: SH

Kapal Selam Buatan Sendiri Untuk Edar Dadah Dirampas


As'salam



Tentera Laut Colombia merampas sebuah kapal selam buatan sendiri milik pengedar dadah.
Kapal selam sepanjang 7.5 meter (m) dan lebar 1.5m ini direka untuk ditunda oleh kapal lain
 untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan. kapal selam ini berupaya membawa sehingga lima tan dadah untuk di seludup

Kapal selam ini ditemui bersama sebuah bot laju yang boleh mengangkut 10 tan lagi dadah.
Digelar kapal selam dadah atau torpedo narkotik, kenderaan air tersebut popular dalam kalangan pengedar dadah yang cuba mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Kosmo

Gambar Berlian Merah Jambu Berharga RM55 Juta


Martian Pink, sebutir berlian merah jambu dijual pada harga AS$17.4 juta (RM55 juta)
pada satu lelongan oleh firma Christies.

Dikategorikan sebagai berlian merah jambu berbentuk bulat terbesar yang pernah dilelong


Peluang Lihat Planet Zuhrah Pada 6 Jun

GAMBAR Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004.  

Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.

Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan dan fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.

Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.

Info: Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.

Sumber&Kredit: Kosmo


Maraton Tertinggi Dunia


As'salam


Sempena memperingati pendakian bersejarah manusia pertama menawan Everest,
Satu larian maraton yang dinamakan Marathon Everest Tenzing-Hillary telah diadakan.
menurut penganjurnya, ia adalah larian tertinggi di dunia yang disertai lebih 150 orang
pelari lasak dari pelbagai negara.

Larian ekstrem itu bermula pukul 7 pagi (waktu Nepal) di Bes Kem pada ketinggian 5,356 meter dan berakhir di Namche Bazaar setinggi sekitar 2,000 meter dari aras laut.

Gunung Everest setinggi 8,848 meter, ditakluki buat pertama kalinya pada 29 Mei 1953
oleh Edmund Hillary dan pemandu arah warga Nepal, Tenzing Norgay

Sumber: Kosmo