followers

busuk.org

Selasa, 1 Mei 2012

Dikehendaki Polis!



As'salam

ini adalah gambar tahanan yang berjaya meloloskan diri dari lokap 
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kota Kinabalu


kepada sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan suspek, sila hubungi
balai terdekat ataupun menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nazaimi 019-6222811 atau ASP Awang Anak Suanda di talian 013 738139

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/04/30/tahanan-lari-dari-lokap/#ixzz1tcNjrxKf

Bond jalani penggambaran di Turki



As'salam



Filem terbaru James Bond, Skyfail  menjalani penggambarannya di turki.
demikian menurut sumber. Namun pengarahnya Sam Mendes menyatakan beliau tidak akan mengarahkan filem itu jika pelakon Daniel Craig enggan membintangi watak utama sebagai ejen 007.

Filem tersebut menjalani penggambaran di beberapa bandar di Turki.
Aktres Perancis, Berenice Marlohe and Naomie Harris dari Britain juga turut berlakon dalam filem itu.


Koleksi Gambar: Labuan part 2


Gambar sekitar festival air antarabangsa labuan 2012






















Koleksi Gambar: Labuan part 1


Gambar sekitar festival air antarabangsa labuan 2012


















p/s semua gambar darat..aktiviti air x sempat ambik..panas melampau

Kerana keletihan yang melampau zizan diarah berehat


As'salam




Doktor sahkan Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH2011 keletihan melampau

PENGACARA TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011), Razizan Razak di masukkan ke wad sejak Ahad lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana mengalami radang otot atau acute myositis yang menyebabkan tubuhnya lemah.

Ketika itu, Razizan atau Zizan sedang bersiap sedia untuk bertolak ke Ipoh bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengacara Melodi yang disiarkan secara langsung sempena Karnival Jom Heboh.

Bagaimanapun, melihat kepada keadaannya yang kurang bermaya, Zizan dibawa menjalani ujian darah sebanyak dua kali dan doktor mengesahkan pengacara dan pelakon ini mengalami radang otot.

Susulan itu, dia diberikan protein, vitamin dan antibiotik bagi memulihkan tenaganya.
sama-samalah kita doakan kesihatan zizan ye..

Sumber: BH

Alasan suami tidak masuk akal dakwa rita


A'salam..

Bukan niat nak masuk campur hal rumah tangga orang, tapi gua saja nak ikuti perkembangan
terkini dua pasangan popular ini..alang-alang dah masuk paper jadi gua pun follow la citer dorg.
ini citer terbaru yang gua dapat dari kosmo...


PETALING JAYA - Pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak selepas mendakwa alasan yang diberikan lelaki itu bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak masuk akal.

Ketika prosiding di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Rita, 36, yang diwakili peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu, dia tetap ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 25 tahun itu ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan suaminya.

Dakwa Zaidi, anak guamnya membantah perceraian tersebut kerana mahukan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu.

"Mohd. Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu.

"Jika perceraian dipersetujui secara drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi," katanya.

Gua harap dorang tak jadi cerai..kesianlah pada anak-anak tu..dorang tak tahu apa-apa dan masih perlukan ayah dan ibu dia...setel la cara baik ek..


One Trade Centre atasi Empire State


NEW YORK - Bangunan One World Trade Centre yang menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) diumumkan sebagai bangunan pencakar langit tertinggi New York semalam.

Ketinggian bangunan baharu itu hanya melebihi 381 meter daripada bangunan Empire State di sini selepas para pekerja memasang beberapa tiang besi di atas menara itu.

One World Trade Center kini menjadi mercu tanda kebanggaan bandar raya New York dan pembinaannya bakal siap pada hujung tahun depan.

Menara itu setinggi 541.3 meter dan memiliki 104 tingkat jika siap sepenuhnya.

Ia juga lebih tinggi berbanding WTC yang runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 yang mengorbankan hampir 3,000 orang.

Bangunan tertinggi di dunia kekal milik Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.
Namun, One World Trade Center akan menjadi bangunan tertinggi di barat AS. - AFP

Sumber&Kredit: Kosmo


Tanda-tanda gangguan jin




As'salam..

Setiap penyakit pasti ada ubatnya dan begitu juga tanda kehadirannya..simptom atau tanda seseorang itu sakit pasti akan kelihatan melalui perlakuan atau sifat. dalam hal ini gua ingin memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan masalah ini iaitu gangguan jin, kenapa jin? 

Penyakit juga sebenarnya berkait rapat dengan gangguan-gangguan dari jin yang cuba menumpang dalam diri kita. Akibat dari gangguan jin tadi, maka ia akan mempengaruhi perlakuan serta sifat dalam diri seseorang.
mari kita selongkar sebab dan tanda-tanda seseorang itu mengalami ganguan.


FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

A)Berpunca Daripada Jin 

Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
Terlalu marah.
Terlalu takut.
Nafsu syahawat yang tinggi.
Manusia yang lalai.
Jahil
Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.


SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN


Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
*Mimpi tandas dan buang air
*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

Ketika jaga

*Sakit tulang belakang tanpa sebab.
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
*Takut tidak bersebab.
*Badan terasa berat dan malas.
*Sukar mendapat jodoh.
*Suka bercakap-cakap berseorangan.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.
*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.
*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.S
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.
*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan.
*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
*Mandul.
*Terasa diri selalu diperhatikan.
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia.
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
*Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia.
*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
*Sakit mental atau gila.
*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza.



( SEKIRANYA KORANG MEMPUNYAI TANDA-TANDA SEPERTI INI, DISARANKAN AGAR KORANG SEGERA MENDAPATKAN RAWATAN DARIPADA PENGAMAL-PENGAMAL PERUBATAN ISLAM )




Sumber:

10 Negara paling sedikit penduduk




As'salam..

Berikut disenaraikan 10 negara yang paling sedikit penduduk di dunia

1.PITCAIRN ISLANDS

Pernahkah anda mendengar nama negara, Pitcairn Islands? Mungkin ini pertama kali anda mendengar nama berkenaan. Tahukah anda, negara pulau ini adalah negara yang paling sedikit penduduknya di dunia. Negara ini hanya mempunyai 67 orang penduduk saja.

Berdasarkan jumlah penduduknya, negara ini juga menjadi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi terkecil di dunia. Sehingga Julai 2011, negara ini masih di bawah jajahan British yang merangkumi empat buah pulau gunung berapi yang terletak di bahagian selatan Lautan Pasifik. Empat pulau itu adalah Pitcarn, Henderson, Ducie dan Oeno.

Hanya pulau Pitcairn saja yang berpenghuni. Mengikut sejarah, penghuni asal Pulau Pitcairn adalah golongan ‘Bounty Mutineers’ (Pemberontak Bounty) iaitu kelasi kapal perang British bernama ‘Bounty’ yang bangkit menentang dan mengambil alih kapal kerana tidak berpuas hati dengan kapten kapal mereka yang dikatakan sangat kejam.

Sembilan pemberontak ‘Bounty’ ini belayar menuju ke kepulauan Pitcairn pada 1970 diiringi 18 warga Tahiti (6 lelaki, 11 wanita dan seorang bayi) yang menjadi tahanan dalam pelayaran Bounty. Selepas berjaya mendarat di pulau itu, mereka bertindak membakar kapal Bounty. Sehingga kini, serpihan kapal ini masih boleh dilihat dari permukaan air di Teluk Bounty dan kisah berkenaan diceritakan dalam beberapa buah filem seperti Mutiny of the Bounty.

Pada 1937, Pitcairn Islands dicatatkan mempunyai seramai 233 penduduk, namun ramai yang berpindah keluar negara terutamanya New Zealand selain mati akibat penyalahgunaan alkohol, masalah sosial dan pembunuh.

Pada 2009, dicatatkan negara kecil ini mempunyai seramai 45 penduduk saja. Sistem politik di Pitcairn Island adalah mengikut sistem wilayah jajahan yang mempunyai wakil parlimen yang dipilih secara demokratik di mana Datuk Bandar dilantik sebagai ketua Kerajaan. Pusat pemerintahannya terletak di Auckland, New Zealand, namun kuasa ketenteraan dan keselamatannya terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan British.

Dikenali sebagai negara kecil tetapi Pitcairn Islands mengandungi sumber semula jadi yang banyak dan sangat produktif malah terkenal dalam aktiviti pertanian seperti penanaman pisang, betik, nanas, mangga, tembikai, oren, kelapa, tebu dan sebagainya. Pulau ini juga terkenal dalam aktiviti pelancongan malah 80 peratus daripada pendapatan tahunan penduduk Pitcairn Island disumbangkan sektor ini.