followers

busuk.org

Jumaat, 13 April 2012

Benarkah cinta itu menyakitkan?


As'salam..


Benarkah cinta itu menyakitkan?

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Hargailah pasangan anda 


Facebook Digodam: Zed Zaidi Buat Laporan Polis



-ini petikan laporan dari myMetro

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini semalam, mendakwa laman facebook diceroboh individu tidak dikenali.

Zed mendakwa kumpulan yang menggodam facebook miliknya dikenali ‘Aaronators Crew’ dan dia hanya menyedarinya ketika melayari laman sosial itu jam 6 petang, kelmarin.


Katanya, ia mungkin berkait tindakannya mempertikaikan kemenangan pelakon popular, Aaron Aziz, 36, yang menggondol Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH11), Ahad lalu.

“Saya tidak menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Namun, saya akan memanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok (hari ini),” katanya.

Menurutnya, biarpun diceroboh, kumpulan itu tidak memaparkan kenyataan berbaur ugutan, fitnah dan lucah sebaliknya hanya memberitahu facebook miliknya digodam.

Hmmmmmmm.....rasanya semua orang pun tahu pasal kes ni kan? apa pendapat korang?
bagi gua,walaupun zed zaidi tak sebut orang yang dimaksudkan tempoh hari,rasanya sudah jelas dan nyata siapa sebenarnya yang dia nak 'tembak'! apelah salahnya kalau industri seni kita ni diperluaskan skopnya dan bagi peluang kat orang luar menapak. gua sebenarnya masih tak faham, adakah kenyataan zed benar-benar ingin memperjuangkan hak artis tempatan atau berbaur peribadi atau memang sengaja mencari publisiti murahan. zed jer yg tahu hehe..

Apa-apa pun semoga segala kekalutan dan kontroversi ini berakhir dengan cepat..kerana bagi gua benda ni semua hanya buang masa saja. takyah masam-masam muka sesama artis. usaha lebih kalau nak maju.
tahniah kepada aaron aziz atas kemenangan beliau dan tahniah juga kepada zed zaidi atas keberanian mengkritik.
daaaaaa gua chauuu..wasalam.


p/s malek is back!!

Khutbah Jumaat: Seri Paduka tonggak perpaduan ummah

Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan lambang kedaulatan negara

SEMPENA pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada kelmarin, tajuk khutbah hari ini ialah 'Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah'.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-An’am ayat 165 bermaksud: “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak mengujimu pada apa yang dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Al-Imam al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah wawilayatu ad-Diniyah dalam menghuraikan tugas dan tanggungjawab khalifah, menggariskan beberapa dasar wajib dipikul dan dilaksanakan pemimpin sesuai dengan kedudukan masing-masing.

Antara ialah, yang pertama: Memelihara Din al-Islam, mengenai asasnya yang tetap dan juga perkara disepakati ulama. Kedua: Melaksanakan hukum di antara pihak bertelagah serta menyelesaikan setiap perselisihan yang timbul.

Ketiga: Melindungi kehormatan wanita supaya masyarakat terus hidup aman damai. Keempat: Menjalankan setiap hukum dan perintah yang Allah SWT amanahkan kepada manusia agar hak Allah tidak diabaikan dan dapat pula melindungi hak manusia dari kerosakan dan kemusnahan.

Sebagai umat Islam di Malaysia, kita bersyukur kerana struktur kepimpinan negara kita dalam keadaan stabil dan jauh lebih baik daripada sesetengah negara umat Islam lain yang sentiasa bergolak dan sebahagiannya huru-hara.
Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggak kepada kekuatan dan perpaduan ummah amat sebati dalam kalangan rakyat di negara ini. Raja Berperlembagaan bukan saja menjadi lambang sebuah negara berdaulat, bebas dan merdeka tetapi ia juga lambang perpaduan rakyat berbilang kaum.

Justeru berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa di negara kita, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pemerintah tertinggi, sebagai Ketua Negara dan Baginda juga sebagai Ketua Agama Islam.

Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah satu jawatan diwarisi turun temurun. Dalam Perlembagaan Persekutuan, urusan pemilihan dan pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terletak pada keputusan Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru pemilihan baginda sebagai ketua negara dan agama menuntut kepada penyempurnaan tanggungjawab yang amat besar. Ini terkandung di dalam lafaz sumpah jawatan baginda - “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” yang dapat dirungkaikan dalam lima kata kunci iaitu undang-undang, perlembagaan negeri, agama Islam, adil dan aman.

Sebagai Ketua Negara, baginda hendaklah melaksanakan pemerintahan dengan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa memandang status seseorang. Usaha mewujudkan keadilan kepada manusia sejagat adalah sebahagian sifat ketakwaan.

Firman Allah dalam surah al-Maaidah ayat 8 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.”

Secara tersirat, pengekalan institusi Raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu Islam di tanah air sebagai warisan bangsa. Institusi ini sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, terdapat pihak tertentu cuba memecah-belahkan ummah, menuntut kebebasan secara melampau melanggari cara tabii manusia, mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan menyokong musuh Islam.

Persoalan besar timbul ialah mengapa keadaan ini berlaku? Berdasarkan pemerhatian, keadaan ini berlaku kerana terdapat umat Islam sendiri sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama serta bangsa kerana kepentingan diri dan ideologi masing-masing serta ada yang sanggup bersubahat dengan pihak tertentu untuk mempertikaikannya atas alasan mempertahankan hak asasi pihak lain.

Oleh itu, umat Islam perlu sedar, mereka yang menyokong pihak memusuhi umat Islam sebenarnya meletakkan dirinya sebagai musuh Islam, ini disebabkan pengaruh musuh Islam yang mampu mengawal pemikiran dan tindakan mereka demi untuk mendapat apa yang diingini.

Jika umat Islam hilang integriti, hilang maruah dan diperalatkan pihak lain, maka akhirnya umat Islam akan menerima nasib malang lagi hina di negara sendiri. Justeru, bagi mengekalkan keadaan dan suasana ini, umat Islam perlu bersatu padu mendokong dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan.

Maka, menjadi tanggungjawab rakyat jelata memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda sebagai pemerintah negara. Umat Islam diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah seperti firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59 bermaksud: “Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan taatlah kamu kepada Ulil-Amri dalam kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Akhir sekali, bersempena pertabalan Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badalishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, marilah kita merafak sembah, menjunjung kasih taat setia kepada baginda sepanjang takhta pemerintahan.

Marilah kita mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta kerabat baginda sentiasa di bawah payung rahmat Ilahi, diteguh keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.

Semoga baginda dikurniakan taufik dan hidayah serta kekuatan untuk meneruskan pemerintahan negara. Kita doakan juga agar Negara dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran.

Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup aman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman.

Sumber&Kredit: Berita Harian