followers

busuk.org

Jumaat, 13 April 2012

Facebook Digodam: Zed Zaidi Buat Laporan Polis



-ini petikan laporan dari myMetro

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini semalam, mendakwa laman facebook diceroboh individu tidak dikenali.

Zed mendakwa kumpulan yang menggodam facebook miliknya dikenali ‘Aaronators Crew’ dan dia hanya menyedarinya ketika melayari laman sosial itu jam 6 petang, kelmarin.


Katanya, ia mungkin berkait tindakannya mempertikaikan kemenangan pelakon popular, Aaron Aziz, 36, yang menggondol Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH11), Ahad lalu.

“Saya tidak menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Namun, saya akan memanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok (hari ini),” katanya.

Menurutnya, biarpun diceroboh, kumpulan itu tidak memaparkan kenyataan berbaur ugutan, fitnah dan lucah sebaliknya hanya memberitahu facebook miliknya digodam.

Hmmmmmmm.....rasanya semua orang pun tahu pasal kes ni kan? apa pendapat korang?
bagi gua,walaupun zed zaidi tak sebut orang yang dimaksudkan tempoh hari,rasanya sudah jelas dan nyata siapa sebenarnya yang dia nak 'tembak'! apelah salahnya kalau industri seni kita ni diperluaskan skopnya dan bagi peluang kat orang luar menapak. gua sebenarnya masih tak faham, adakah kenyataan zed benar-benar ingin memperjuangkan hak artis tempatan atau berbaur peribadi atau memang sengaja mencari publisiti murahan. zed jer yg tahu hehe..

Apa-apa pun semoga segala kekalutan dan kontroversi ini berakhir dengan cepat..kerana bagi gua benda ni semua hanya buang masa saja. takyah masam-masam muka sesama artis. usaha lebih kalau nak maju.
tahniah kepada aaron aziz atas kemenangan beliau dan tahniah juga kepada zed zaidi atas keberanian mengkritik.
daaaaaa gua chauuu..wasalam.


p/s malek is back!!

2 ulasan:

-meeSUPERGIRL- berkata...

macam2 lah zed zaidi nih . haha

Diari Maya berkata...

Hanya pendapat peribadi zed zaidi apa salahnya kan. Akak sokong beliau, mungkin kenyataan itu keluar disebabkan oleh pencabar terdekat aaron adalah anak tempatan kita (sam) yg tak kurang hebatnya. Semoga kemelut itu dpt ditangani dgn baik oleh semua.