followers

busuk.org

Sabtu, 10 Mac 2012

Datuk Lee Chong Wei Bersara 2013?



Salam...

Dikhabarkan jaguh badminton Negara yang juga merupakan Pemain Nombor 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei
akan bersara dari dunia badminton pada 2013. eh betul ke??...habis tu sape yang ganti dia?
Persoalan itu mungkin bermain di fikiran setiap peminat badminton seluruh negara kan kan kan..??

meletakkan Sukan Olimpik di London sebagai keutamaannya, pemain No1 Dunia itu mendedahkan dia hanya akan bersara sebagai pemain tahun depan.

“Saya kena bermain sehingga 2012 atas sebab ikatan penajaan dan akan mencuba buat kali terakhir pada Kejohanan Dunia 2013 (di Guangzhou),” katanya selepas menewaskan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 23-21, 21-18 dalam pusingan kedua Seluruh England di Birmingham, kelmarin.

Di khabarkan juga selepas persaraannya nanti, Beliau akan menjalankan perniagaan sebelum memikirkan samada akan kembali dalam dunia badminton namun kali ini bukan sebagai pemain tetapi sebagai jurulatih.

Namun perkara yang membimbangkan kita, apakah selepas persaraan Chong Wei nanti akan memberikan impak yang besar kepada sukan itu khususnya di malaysia? kerana sehingga kini masih belum nampak sebarang kelibat pemain2 di negara kita yang mampu atau layak sebagai pengganti chong wei..

Dan tanggungjawab ini sebenarnya terletak kepada 'kebijaksanaan' Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
dalam mencari pengganti jaguh Negara itu. 

Apa yang diharapkan semoga akan ada pengganti yang akan mampu menyambung dominasi kita dalam dunia badminton terutama dalam acara perseorangan. dan kepada Datuk Chong Wei semoga berjaya membawa perkhabaran gembira dari London dalam kejohanan All England yang sedang berlangsung kini seterusnya membawa kejayaan manis kepada beliau sendiri mempertahankan kejuaraan sebelum mengundurkan diri dalam sukan kegemarannya itu.

Selamat Berjuang!!

p/s hafiz hashim benar-benar mengecewakan