followers

busuk.org

Khamis, 1 Mac 2012

Menara komunikasi tertinggi siap dibina


TOKYO - Pembinaan menara komunikasi paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree dengan ketinggian 634 meter di sini siap sepenuhnya semalam.

Pembinaan itu lewat dua bulan ekoran kejadian gempa dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac tahun lalu yang menyebabkan kekurangan bahan binaan.

Tokyo Sky Tree turut diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.

Ketua-ketua industri pelancongan di negara ini berharap menara setinggi 634 meter itu akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong asing.

Bilangan pelancong asing menurun di Jepun selepas bencana tsunami dan krisis nuklear yang berlaku pada tahun lalu.

Pembinaan menara di timur Tokyo itu bermula pada Julai 2008 dan mengikut jadual asal ia sepatutnya siap dibina pada Disember tahun lalu.

Tokyo Sky Tree turut mengatasi Menara Canton di Guangzhou, China yang setinggi 600 meter dan Menara CN setinggi 553 meter di pusat bandar Toronto, Kanada.

Seramai 580,000 pekerja terlibat dalam pembinaan menara itu yang menelan belanja AS$806 juta (RM2.4 bilion). - AFP

Kredit: Sinar Harian


Cahaya Malaika Nama Anak Pasangan Mawi Dan Ekin



Salam..

Pasangan Mawi dan Ekin akhirnya menimang cahayamata mereka yang pertama.
Bayi itu dilahirkan Selasa lalu, jam 4 pagi di sebuah hospital swasta dengan berat 2.8 kilogram.
Pasangan Popular itu juga menamakan bayi mereka Cahaya Malaika yang membawa maksud
Cahaya Permaisuriku.

Berita itu diumumkan Mawi secara eksklusif di radio Era, pagi semalam. 
Kehadiran cahaya mata sulung Mawi dan Ekin menamatkan penantian pasangan ini yang bernikah pada 20 Disember 2008. 


p/s tahniah kepada pasangan mawi dan ekin


10 LALUAN YANG BAKAL DI LALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT






10 LALUAN YANG BAKAL DI LALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT

LALUAN MENUJU KE KUBUR

Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha’ hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL

*Bersihkan diri dengan bertaubat
*Gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta’ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR

* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

* Jauhkan perkataan sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRATUL MUSTAQIM

* Kasihanilah aulia Allah Ta’ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA

* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

* kasihilah Rasullullah
* tuntutlah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat kepada Nabi SAW

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i’tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya.”

Sumber: