followers

busuk.org

Rabu, 22 Februari 2012

Sah! Safee Sali Sertai Harimau Malaya Menentang Sabah




Salam..

Berita gembira buat peminat sukan bolasepak tanahair khasnya di Negeri Sabah.
Perlawanan persahabatan diantara pasukan Sabah yang bakal menentang Pasukan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Skuad Harimau Muda akan diserikan lagi dengan kehadiran Penyerang Sensasi Negara 
Safee Sali.

Bekas pemain Selangor itu dikhabarkan ketika ini berada di Kuala Lumpur bagi menjalani latihan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Sabah dan Filipina.
Mereka dijangkakan berlepas ke kota kinabalu pada 23 Feb (khamis ini)

Diharapkan kepada seluruh penduduk Negeri Sabah supaya dapat turun beramai-ramai ke stadium Likas, 
Kota kinabalu pada 24 Feb 2012, Jam 8:15 malam. untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan tuan rumah dan juga skuad Harimau Malaya. 

Majulah Sukan Untuk Negara!!


'Astray Poket' Untuk Perokok


Salam..

Langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu dalam memperkenalkan 'astray poket' khusus untuk golongan perokok adalah suatu langkah yang bijak dalam menangani masalah sampah di sekitar kawasan bandar ini.

Yang Dipertuanya Fauzi Mat berkata, ini merupakan satu pendekatan baru yang memberi kemudahan supaya perokok tidak lagi membuang puntung dan habuk rokok di merata tempat.  

“Di samping kompaun yang dikenakan kepada perokok yang membuang lebihan rokok di merata tempat, pemberian ‘astray’ itu merupakan cara mudah yang boleh di bawa ke mana sahaja.

“Ini juga sebagai pengajaran kepada golongan itu supaya tidak sewenangnya membuang lebihan rokok di kawasan yang tidak sepatutnya.

Fauzi berkata, perokok tidak sepatutnya membuang sisa rokok yang dihisap mereka di kaki-kaki lima atau di kawasan awam kerana ini hanya akan mengotorkan kawasan sekitar malah boleh mengundang pemandangan yang menjengkelkan,” katanya.

p/s usaha ini patut dicontohi oleh bandar-bandar lain di negara ini..

13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW


13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW


1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

sesungguhnya peribadi Rasulullah tue adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. 
wallahualam.

Telefon pintar mampu milik di Malaysia April ini


KUALA LUMPUR - Telefon pintar baharu yang akan dipasarkan di Malaysia menjelang April, menyasarkan segmen pasaran mampu milik.

Telefon berharga di bawah RM500 itu dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M. Daud, berkata syarikat itu sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi "DMD Android Smartphone Communicator", yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.

"DMD Android Smartphone Communicator dengan ciri Komunikasi Medan Dekat serta ciri-ciri dan aplikasi khusus lain, boleh menjadi penanda aras bagi industri ini di negara ini," katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.

Mohammed berkata telefon itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudah alih dan rangkaian sosial.

"Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan," katanya.

Menurutnya DMD Mobile akan juga memasarkan telefon itu di Asia Selatan dan Timur Tengah.

"Kami akan melancarkan pemasaran antarabangsa pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona pada 28 Feb," katanya.

Mohammed berkata telefon pintar itu merupakan pencapaian penting dan ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia mampu mencipta inovasi dan bersaing dalam sektor telefon mudah alih.

Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan sokongan Penyelidikan dan Pembangunan bagi projek itu. - Bernama


Sinar Harian