followers

busuk.org

Ahad, 12 Februari 2012

Ratu pop whitney houston di temui mati


Salam..

Ratu pop, Whitney houston ditemui mati di sebuah hotel pada usia 48 tahun kelmarin
sehari sebelum acara Anugerah Grammy Awards 2012.
Mayat penyanyi yang terkenal dengan lagu ' I will always love you' itu 
ditemui didalam sebuah tab mandi di tingkat empat Beverly Hilton Hotel di Beverly Hill.

Polis masih menyiasat punca kematiannya tetapi percaya tidak ada unsur jenayah
sebaliknya lebih dikaitkan dengan ketagihan Dadah dan Alkohol.


10 sebab perempuan tak hormat lelaki


Salam...
Berikut gua listkan 10 sebab kenapa perempuan tak hormat lelaki
jom terjah!!

1. Dah ada awek kau nak pegang², elok² awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia.. konon special untuk kau seorang.. bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye².. wah, KAU LELAKI GATAL!

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe.. konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam² alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP!

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau.. konon kaulah lelaki paling gentleman masa tu.. tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura² tidur sebab x mau bersesak² berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA!

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua.. nampak je ade awek cun, makin semangat kau.. kau rasa hisap rokok tu sangat cool.. alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA!

5. Bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta.. padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau.. bukan harta kau tapi harta bapak kau. aduh, KAU LELAKI PERASAN!

6. Bila kau dengan kawan² kau, kau suka gelak kuat². mencarut pun kuat².. semua f**k, s**t, macam² lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB!

7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup.. konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat.. bab agama kau aci mengelat. herm.. KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI!

8. Kau suka kutuk² n gelak² kat gambar perempuan² kat fb.. kau kata konon bajet cun.. abih yg kau amik gambar jelir² lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh.. KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI!

9. Time awek kau merajuk, berbakul² kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO!

10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata².. kadang² bila kau rasa nak meludah, dekat mana² pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR!

sumber:

p/s  bukan semua lelaki macam ni..
 

Katil Schwarzenegger bersebelahan Stallone



Salam

Dua Hero filem Terminator dan Rambo, Arnold Schwarzenegger dan Sylvester Stallone
dirawat di hospital kerana kecederaan ketika melakukan aksi lagak ngeri
dalam filem lakonan mereka.

Apa yang menariknya mereka berdua diletakkan bersebelahan katil ketika menerima rawatan
dan kebetulan pula kedua-dua mereka mengalami kecederaan pada bahagian bahu.

Menurut Schwarzenegger, mereka mendapatkan rawatan selepas kedua-duanya berlakon dalam filemThe Expendables 2 dan The Last Stand.

Kedua-dua-dua pelakon itu memang terkenal dengan aksi lagak ngeri dalam filem-filem tahun 1980-an.

Keputusan Liga Super


Salam..
berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Super minggu ke-7


Sarawak               2      Felda United        1
  
T-Team                 2      Perak                   0
  
Lions XII              3      Negeri Sembilan   1
  
Selangor PKNS    2      Selangor               0
  
Kelantan              2      Terengganu          1
  
Kedah                  2      Sabah                   2
  
Kuala Lumpur     0      Johor FC                2