followers

busuk.org

Selasa, 7 Februari 2012

10 jenis tangisan

 

Menurut Ibnu Qayyim – terdapat 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
2. Menangis kerana rasa takut
3. Menangis kerana cinta
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
6. Menangis kerana terlalu sedih
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
10. Menangis orang munafik – berpura² menangis..

Mana satu tangisan yang selalu terjadi pada kita dewasa ini? Nabi Muhammad Menangis mengenangkan umatnya iaitu KITA.. bagaimana pula dengan kita?

Berita Harian Online | Bisnes Dunia: Mark Zuckerberg ‘penggodam’




Mark Zuckerberg


Berita Harian Online | Bisnes Dunia: Mark Zuckerberg ‘penggodam’

BPL | Jadual Perlawanan Minggu Ke-25



Jadual Perlawanan Minggu Ke-25


info: Perlawanan tumpuan- Manchester Utd vs Liverpool

Agama | Teka-Teki Imam Ghazali


Teka-teki Imam Ghazali r.a
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Pelik Tapi Benar | Terkejut temui ayam berkaki tiga


ayam-tiga-kaki

PERMATANG PAUH – Seorang pekerja di sebuah pusat memproses ayam, dekat sini, terkejut mendapati ayam yang disembelih mempunyai tiga kaki.

Abdul Rahim Mohd Noor, 43, berkata, perkara itu hanya disedari ketika dia hendak membuang bulu pada ayam tersebut selepas ia disembelih.

“Kejadian berlaku Ahad lalu. Ayam pelik itu disembelih bersama dengan 70 ekor ayam lain, dan ketika itu saya tidak perasan akan kewujudan kaki ketiga pada ayam itu kerana ia dilindungi bulu.

“Bagaimanapun, ketika sedang membuang bulu ayam, saya dapati salah seekor daripadanya unik kerana mempunyai satu lagi kaki yang tumbuh pada bahagian buntutnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Rahim berkata, dia bertindak menyimpannya dalam peti sejuk kerana ia sebagai satu penemuan pelik.
Sumber:Sinar Harian

Koleksi Gambar Rumah Terbalik Semasa Pembinaan




Salam 1Malaysia
Berikut adalah koleksi gambar 'rumah terbalik' semasa dalam pembinaan
















info: Rumah terbalik ini adalah satu-satunya yang terdapat di malaysia dan ianya terletak di kampung telibong,tamparuli, Sabah. anda dijemput datang melawat..