followers

busuk.org

Ahad, 5 Februari 2012

Rasulullah Contoh Terbaik Sepanjang Zaman




1. Jika anda seorang GURU, maka contohilah RASULULLAH yang mengajarkan ilmu secara hikmah

2. Jika anda seorang PANGLIMA PERANG,maka contohilah RASULULLAH yang berperang dengan gagah & berani

3. Jika anda seorang BAPA,maka contohilah RASULULLAH yang mendidik dengan penuh kasih sayang tapi tegas

4. Jika anda seorang AHLI PERNIAGAAN,maka contohilah RASULULLAH yang berniaga dengan jujur & amanah

5. Jika anda seorang SUAMI,maka contohilah RASULULLAH yang sangat romantik dengan isteri-isteri baginda

6. Jika anda seorang PENDAKWAH,maka contohilah RASULULLAH yang berdakwah dengan hikmah serta penuh adab sopan

7. Jika anda seorang PEMIMPIN,maka contohilah RASULULLAH yang memimpin dengan adil & bijaksana

8. Jika anda seorang SAHABAT,maka contohilah RASULULLAH yang menyayangi para sahabatnya

Maka contohilah RASULULLAH dalam apa jua jalan kehidupan.. BAGINDA contoh terbaik sepanjang zaman.. berselawatlah sebagai tanda KASIH & CINTA kepada RASULULLAH.
Salam Maulidur Rasul..

Misi Tumbangkan Bahrain




pemain olimpik negara













BAKAL memulakan misi membalas dendam ke atas Bahrain selepas tewas dalam pusingan pertama peringkat kumpulan kelayakan Olimpik malam nanti, Ong Kim Swee kini memikul tanggungjawab cukup besar terutama apabila menduduki tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata.

Mengakui pasukannya kini berdepan dengan situasi yang turut menjadi perhatian penyokong, Kim Swee bagaimanapun tetap optimis meskipun ada yang menganggap skuad Harimau Muda sudah terlebih dahulu terkeluar dari saingan pusingan ketiga biarpun masih mempunyai baki tiga perlawanan lagi.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan bolasepak, ayuh kita bersatu! ketepikan soal lain, kita bersatu untuk memberi semangat kepada skuad Harimau Muda kita menentang Bahrain malam ini!!
Malaysia Boleh!!

PANAS!! Ika Nabila Nafi Lesbian


Salam..

Sentap jugak bila dengar gosip pasal Bintang AF6 Ika Nabila ni
dia dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pengkid! eh betul ke? sape?
ditambah lagi dengan dakwaan ika mempunyai alat seks atau dildo..
fuuhhhhhhh panasssssss!!!!

betul ke ika lesbian??

korang janganlah percaya gosip2 ni semua
baru jap tadi ika jawap kat 'Melodi'
haaaa...kalau korang tak percaya, tunggu siaran ulangan
(tak tahu bila) hehehehe......

"satu masa ika ada jodoh,ika akan kahwin jugak dan masa tu dorang akan tahu bahawa ika ni seorang yang lurus"

lebih kurang macam ni la ungkapan dari ika..

salam maulidur rasul dan selamat berhujung minggu :)


Rasuah! | FAM gantung 18 pemain, seorang jurulatih


KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengenal pasti 18 pemain dan seorang jurulatih yang didapati terbabit dalam
skandal rasuah pada Liga Malaysia musim lepas.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun.

"Atas pandangan dan nasihat Jawatankuasa Disiplin FAM, pemain dan jurulatih berkenaan akan diambil tindakan dan senarai nama akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di sini, semalam.

Agak-agak sape la mereka-mereka ni ye..?
hmmmmmmm... macam ni la kalau sikap tamak dah menguasai diri..
Duit nampak,Dosa tak nampak
Dunia.....

Sumber: Sinar Harian

Koleksi Gambar Stadium Piala Dunia Qatar 2022


Koleksi gambar stadium 'masa depan' di Qatar sempena Piala Dunia 2022




Stadium Sukan Doha
Stadium Al-Warqah - kapasiti : 45,120 orang
Stadium Al-Khor - kapasiti : 43,330 orang
Stadium Al-Gharrafa - kapasiti : 25,000 orang
Stadium Umm Slal - kapasiti : 45,120 orang
Stadium Universiti Qatar - kapasiti : 43,520 orang
Stadium Al-Shamal - kapasiti : 45,120 orang
Stadium Sukan Doha - kapacity : 44,950 orang
Stadium Ar-Rayan - 44,740 orang
Stadium Khalifa - kapasiti : 68,030 orang
Stadium Pengajian Pendidikan - kapasiti : 43,350 orang 
Stadium Lusail Iconic - kapasiti : 86,250 orang

Bertani Atas Bangunan: Realiti Atau Fantasi?



Projek ladang langit bagi mengatasi masalah kekurangan
 tapak tanah pertanian mengikut gambaran artis.
Salam...

Pernah tak korang terfikir satu hari nanti para petani akan menuai hasil tanaman mereka di atas bangunan?
pendek kata Bertani Atas Bangunan..!
agak pelik bukan? haaa..! sebenarnya dalam dunia ni tiada yang mustahil..semua boleh berlaku..

Seperti gambaran artis di atas ini,
Atas alasan untuk mengekalkan alam sekitar serta mewujudkan persekitaran mapan, maka timbul idea untuk mewujudkan kawasan pertanian moden dengan menggunakan pelbagai inovasi yang dicetuskan akal manusia
termasuklah membina bangunan khas untuk projek pertanian.

Di Malaysia sendiri, idea ini sebenarnya bukanlah baru, cuma ia belum dilaksanakan secara menyeluruh.
contohnya, Pada akhir 1990-an, Menteri Pertanian ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid pernah mencadangkan supaya padi ditanam di atas bangunan dan atas nama projek perintis, maka ia berjaya dilaksanakan. Namun, sehingga hari ini, nampaknya tidak ada seorangpun petani yang berani menjalankan penanaman cara moden itu. tetapi apakah satu hari nanti gambaran seperti diatas mampu menjadi kenyataan?
apakah ia realiti atau hanya fantasi?
Mungkin Ya dan mungkin juga Tidak!
wallahualam.