followers

busuk.org

Jumaat, 27 Januari 2012

Panas! Cuepacs beri amaran 'pulau' panel SBPA

GEORGETOWN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menarik diri daripada menganggotai pasukan petugas yang dibentuk untuk menyemak semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) jika kerajaan tidak menambah wakil badan induk kakitangan awam itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mahu agar tiga lagi pegawai tertinggi Cuepacs dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA.

"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu  saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya.
"Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya dipetik Bernama.Terdahulu beliau menghadiri taklimat SBPA kepadaanggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini, hari ini.

Selain itu katanya, Cuepacs akan membuat sesi jelajah sehingga April depan bagi memberi  penerangan kepada penjawat awam tentang SBPA.

"Sekarang ini kita cuma boleh minta semua penjawat awam supaya bersabar dan bertenang, tunggu sehingga tempoh semakan semula selesai," katanya.

SBPA yang sepatutnya dilaksana bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakan persatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.

Sumber: Sinar Harian

Koleksi Gambar Sabah FA '95' Part#1


Salam.. 
ini adalah koleksi gambar-gambar menarik zaman kegemilangan Bolasepak Negeri Sabah sekitar tahun 1995 yang gua ambil dari keratan-keratan akhbar.




















lagi koleksi menarik



p/s banyak lagi koleksi gua, semua ni khas untuk tatapan peminat Sabah FA

Khutbah Jumaat: Persoalan makanan halal, haram tidak boleh diambil mudah

HALAL membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya menyumbang kepada pembentukan ummah.

Dunia Blogger Malaysia | Benarkah Ada Blogger Popular Tak Mahu Blog Lain Popular?



Salam...
Terkedu jugak bila gua dapat tahu berita ni..
tapi gua memang percaya sebab gua sendiri pernah mengalami perkara ni masa mula-mula gua berjinak-jinak dalam dunia blogging ni dulu..

Tapi sori der.. gua tak dapatlah nak tayang blogger yang  'nasihatkan' gua hari tu..
kata orang "yang berlalu biarkan berlalu" gua ni bukanlah kejam sangat sampai nak malukan atau menjatuhkan orang.
lagipun gua sedar diri gua ni masih tergolong dalam kumpulan 'newbie', nanti tak pasal-pasal gua dicop
macam-macam plak kan?

Eh..! apa plak gua merapu ni ye..? apa kes? hehe..takde la., sebenarnya gua saje jer..
gua rasa terpanggil bila gua baca Entri dari Bro Hasrul Hassan ni.


As-Salam.
Persaingan oh persaingan. Hebat sangat ke persaingan dalam dunia blog Malaysia ni? Kata Eqbalzack, Persaingan Itu Baik .... ya, HH setuju dengan statement tu, tapi sayangnya ... dengar-dengar ada blogger popular tak suka blog lain naik .. ehh ye ke? Lagi-lagi blog-blog baru yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Apa mereka ini buat? Hmm mereka hasilkan entri yang cuba menidakkan cara dan kaedah newbie ini untuk meraih kepopularitian. Hmm .... pendapat HH, masing-masing ada cara untuk tampil menyerlah dalam dunia blog. Cuma, ada masa mungkin cara itu agak keterlaluan yang dirasakan tidak perlu bagi sesetengah blogger.

HH bukannya ingin sokong atau bantah, apatah lagi untuk melagakan sesama blogger. Fikirkan yang terbaik. Boleh cuba pelbagai cara promosi, andai tak sesuai dan boleh bangkitkan isu ... tak yah la guna ekkk ... huhuhuu ... HH pun banyak buat trial and error dan dah tengok feedback dan 'pulangan' yang dapat.

*p.s: Sentap gak dengan entri blogger tu .... tapi HH still respect dia (rujuk kepada sapa2 yang rasa popular) .. hehehehe

Gua memang setuju sangat dengan entri ni (atas)
Dan sebagai newbie, berilah kami peluang dan sokonglah kami.. bagi gua, semua blogger otai ke tak otai gua respect dan bagi sokongan sepenuhnya..
salam untuk semua sebagai tanda persahabatan.. :)


credit to: hasrulhassan.com

p/s maaf atas kekurangan