followers

busuk.org

Selasa, 24 Januari 2012

Segmen Aku Dan Zodiak


Salam..

Sekali lagi gua halo-halo semua untuk join gua dalam 
Segmen Aku Dan Zodiak 
by

Oklah pertama sekali nama gua : Adzmian Haji Kasiran ala pggl je Mohd Billy
Tarikh Lahir : 29 Ogos 
Zodiak: Virgo (kalau tak silap hahaha)

Bonus: gua ensem wakaka..

Nak tag semua yang membaca ni

Empayar Siti belum tergugat

siti-nurhaliza
Dari dulu hingga kini, nama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak pernah berhenti daripada menjadi bualan peminat industri hiburan tanah air.

Jika 17 tahun lalu, idola kesayangan ramai ini cumalah seorang gadis luar bandar yang nekad meninggalkan kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang demi mencuba nasib di ibu kota. Dengan hanya berbekalkan suara merdu bak buluh perindu, siapa sangka bakat luar biasanya menjadi perhatian ramai.

Namanya terus mengharum, bak mawar yang sedang mekar, membuatkan sesiapa saja terpikat dengan kesantunan sang gadis yang tidak sedikit pun meninggi diri dengan kelebihannya.

Bagaikan sudah tersurat kehidupannya sebagai anak seni, seniwati muda yang mesra disapa sebagai Siti ini cekal mengharungi setiap hari mendatang.

Setelah 17 tahun keberadaannya dalam industri, Siti yang ‘dulu’, kini semakin menginjak dewasa yang menyerlahkan lagi sisi kewanitaannya.

Namun, walau pelbagai transisi perubahan berlaku pada dirinya, masih ada yang sama pada Siti di mana bakat dan santunnya kekal tidak berubah.

Tidak keterlaluan jika dikatakan itulah dua perkara yang menjadi tunjang kejayaan Siti mempertahankan kedudukannya dalam industri.
Tahniah Datuk Siti..!!
Sumber: Sinar Harian

Futsal Kain Pelikat Jadi Tarikan


salam..

Korang pernah dengar tak orang main futsal pakai kain pelikat??
hahaha...jangan tak percaya.. ini betul-betul punya kejadian.!!

Acara futsal kain pelikat ini kalau korang nak tahu telah diadakan di 
kampung Pinang Baru, Dungun, Terengganu baru-baru ni..
ia adalah antara sukan yang diperkenalkan dalam sukan rakyat 
anjuran JKKK pinang baru.

Futsal kain pelikat pertama kalinya dianjurkan itu selain dapat melahirkan bakat baru dalam sukan bola sepak, ia juga dapat menyatupadukan masyarakat setempat yang mempunyai pelbagai fahaman politik.

 Best jugak dapat join benda-benda macam ni kan? hehehe...
jangan silap tendang dah la..nanti tak pasal-pasal kain pelikat tu plak yang koyak hehehe...

p/s nak join kalau ada masa

Gempa bumi besar diramal gegar Tokyo waktu terdekat



TOKYO - Jepun yang dilanda malapetaka berganda awal Mac lalu dijangka akan berhadapan dengan gempa bumi besar, di ibu negaranya Tokyo, dalam empat tahun lagi.

Laporan BBC memetik penyelidik-penyelidik dari Universiti Tokyo berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada kebarangkalian 75 peratus gempa bumi pada skala tujuh akan melanda rantau itu.

Kerajaan Jepun berkata kemungkinan kejadian itu adalah 70 peratus dalam 30 tahun akan datang.

Amaran ini dikeluarkan tidak sampai setahun selepas wilayah timur laut Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami, dan disusuli dengan krisis nuklear.

Kali terakhir Tokyo dilanda gempa bumi besar adalah pada 1923, pada skala 7.9 menyebabkan lebih 100,000 orang terbunuh, kebanyakannya akibat kebakaran.

Penyelidik-penyelidik di institut kajian gempa bumi di Universiti Tokyo itu membuat ramalan ini berdasarkan peningkatan kejadian gegaran di Tokyo susulan malapetaka berganda pada 11 Mac lalu.

Menurut mereka, berbanding dengan tahun-tahun yang normal, peningkatan gegaran yang dikesan di kawasan metropolitan Tokyo adalah lebih kali ganda.

Sumber: Sinar Harian


Alat kawalan permainan video terbesar dunia

Alat kawalan


Salam...

Sekali imbas, gambar diatas seperti sebuah rancangan 'game show' kat tv
tapi sebenarnya tidak. gambar diatas ini menunjukkan sebuah alat kawalan permainan video
terbesar di dunia, ianya bersaiz 30 kali besar joypad biasa dan telah di iktiraf sebagai
rekod oleh Rekod Dunia Guinness edisi permainan.

Alat kawalan permainan ini adalah rekaan pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Delft, Netherland.
berukuran 366 sentimeter (cm) x 159cm, dengan berat 120 kilogram (kg) dan mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan dengan kos pembinaan 4,000 pound (RM19,341)