followers

busuk.org

Jumaat, 13 Januari 2012

Datuk Siti Nurhaliza Ditawar Berlakon


Salam...

PT Kentfilms Production, Sebuah syarikat penerbitan indonesia menawarkan kepada Datuk Siti Nurhaliza
untuk berlakon dalam sebuah filem berjudul 'Kekuatan Cinta' yang diadaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri. yang turut bakal dibintangi pelakon top indonesia, Nicholas Saputra dan beberapa bintang dari Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Ema akan juga diundang berlakon dalam filem itu, yang turut menyenaraikan bintang Indonesia seperti Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo. 

Filem itu dikhabarkan akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi di Indonesia 
dan beberapa lokasi menarik di Malaysia.
Sutradara Iwan Sardi, yang bakal mengarahkan filem itu, berharap Datuk Siti sudi menerima tawaran itu nanti   memandangkan popularitinya di Indonesia masih bertahan sehingga kini. 

Sinopsis

Mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita sakit yang akhirnya membawa maut kepada suaminya itu.  
-Percintaan antara lelaki indonesia dengan wanita malaysia.

p/s  bila agaknya gua dapat tawaran macam ni? wakaka...

Khutbah Jumaat: Terapkan budaya ilmu, akhlak dalam kehidupan seharian anak

MINGGU ini adalah minggu kedua anak kita kembali ke alam persekolahan. Pelbagai ragam dapat dilihat pada diri anak setelah dua bulan bercuti dari alam persekolahan. Namun inilah rutin biasa yang mereka perlu tempuhi demi membina generasi cemerlang di masa akan datang. 

Dalam usaha membina insan cemerlang, hendaklah disepadukan antara ilmu pengetahuan dan pendidikan atau dikenali dengan kesepaduan ilmu serta tarbiah untuk melahirkan insan soleh. Dalam proses ini pemerintah, pihak sekolah dan ibu bapa mesti saling bekerjasama dan mengambil tanggungjawab sebaik mungkin.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Video Askar AS kencing Mayat Orang Islam


Gua sekeras-kerasnya mengutuk perbuatan biadap ini!!!