SYLHET, Bangladesh - Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 20 yang lain cedera akibat dipanah petir di luar sebuah masjid selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih.
Ketua Polis daerah Sylhet, Bayes Ahmed memberitahu, semua mangsa dipanah petir ketika mereka mahu keluar dari bangunan masjid.
Ada mangsa yang mati di tempat kejadian, sementara mangsa lain meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital.
Imam yang mengetuai solat tarawih pada malam itu turut maut.
Sylhet terletak kira-kira 192 kilometer dari ibu negara Bangladesh, Dhaka. - Agensi
- Kosmo
3 ulasan:
innalillahi wa inna ilaihi rajiun..aku kah selepas ini?
sedih mendengarnya..moga2 kita sentiasa dibawah lindunganNya...
Salam Jebat.
Masa mula2 dengar berita ni, terkejut. Ini bukan kali pertama kan kejadian panah petir kat Bangladesh. Area sana senang berlaku kejadian mcmni.
Ambil iktibar..lebih2 lagi dgn cuaca tak menentu diseluruh dunia skrg ni.
Catat Ulasan