followers

busuk.org

Sabtu, 28 Julai 2012

Guru agama maut dalam kemalangan ngeri


As'salam




Pagi tadi gua dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yang melibatkan rakan yang juga bekas guru di sekolah tempat gua bertugas..ya Allah dugaan apakah ini..sedih dan sebak bila membaca laporan ini..

TUARAN: Seorang guru agama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka di sini terbunuh setelah Proton Myvi yang dipandunya bertembung dengan Toyota Hilux di Kilometer 5.9 Jalan Sulaman, petang kelmarin.

Mangsa Ahmad Fauzan Madrih, 33, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Menurut saksi kejadian, mangsa dipercayai tersalah masuk ke laluan bertentangan sebelum Toyota Hilux yang dinaiki oleh tiga lelaki tempatan merempuh kenderaan mangsa.

Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki yang menaiki Hilux terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian terbabit yang berlaku sekitar jam 2.55 petang.

Beliau berkata, mangsa difahamkan menuju ke Tuaran melalui jalan terbabit dan tidak semena-mena tersalah lorong sebelum bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah tersalah lorong secara tiba-tiba lalu bertembung dengan Toyota Hilux berkenaan.


“Impak daripada pelanggaran itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa hancur remuk,” katanya sambil menambah kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sementara itu, Zaharudin menasihatkan pengguna jalan raya untuk berhenti rehat sebentar sekiranya berasa letih bagi menangani kemalangan terus meningkat terutamanya di bulan Ramadan ini.


“Para pemandu dinasihatkan untuk lebih berhati-hati bagi mengelak kemalangan sebegini terjadi. Sekiranya letih kita minta pemandu-pemandu berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan semula,” katanya.

-Borneo Post

p/s selalu duduk sembang dgn arwah..
al-fatihah.

4 ulasan:

If berkata...

al-Fatihah.
Ada hikmah arwah meninggal di bulan Ramadhan. Tambahan pula guru agama. Moga ilmu Allah yang disebar selama beliau menjadi pendidik jadi bekalan dan pertolongan. Insya Allah..

Tinta Lana berkata...

Salam jebat.

Al-Fatihah..

Sama2 berdoa untuk kebaikan arwah ya jebat..

Peringatan untuk kita yang masih hidup ni jebat..jangan berduka ya.. :)

Unknown berkata...

terasa kehilangannya... thanks ya

DEWI ARJUNA berkata...

al fatihah


arwah merupakan suami kepada sepupu saya.. simpati dgn anak2 arwah yg masih kecil.. semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan org yg beriman.. amiinn