followers

busuk.org

Rabu, 6 Jun 2012

Shinji Kagawa Dilamar Manchester United


As'salam



Mungkin menyedari 'Aksinya' sedang diperhatikan oleh Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson,
Shinji Kagawa, 23, tidak mensia-siakan peluang yang dimilikinya ketika membantu kelabnya Borrusia Dortmund menewaskan Bayern Munich 5-2 dalam final Piala Jerman baru-baru ini. lebih manis kagawa juga menjaringkan satu gol serta mencipta satu lagi peluang jaringan.

Dengan persembahan menarik itu, sudah cukup untuknya menambat hati pengurus United itu untuk 'melamarnya'.

Bintang Jepun itu, kini menjadi pemain pertama dibeli oleh kelab gergasi inggeris, Manchester United pada musim panas ini selepas mencapai persetujuan dengan kelab lamanya, Borrusia Dortmund. namun segalanya bergantung kepada keputusan ujian perubatan dan permit kerjanya di Britain yang dijangka selesai hujung Jun ini. Dikhabarkan perpindahan itu diramalkan mencecah  £12 juta (RM59.1 juta).

Untuk rekod, Kagawa menyumbang 21 gol dalam 49 penampilan bersama Dortmund dalam Liga Jerman
sekaligus membantu kelab itu menjuarai liga dua tahun berturut-turut sejak menyertainya daripada kelab Jepun, Cerezo Osaka pada 2010.

Sumber gambar: google

3 ulasan:

Dkna Abza berkata...

bila jebat nk lamar dkna?? wink wink wink ;p

Unknown berkata...

hehehe...cukup bulan ni muleh? wakaka

Nur Amirah Syahirah berkata...

hahaha..ok la...

jom sertai segmen ni


http://alisyamukhlisa9.blogspot.com/2012/06/segment-add-followers