Misteri lembaga putih seperti pocong yang didakwa sering menganggu pengunjung di kawasan rekreasi air terjun Hutan Lipur Kanching, Rawang, akhirnya terjawab.
Hantu pocong itu dipercayai adalah manusia biasa yang dikatakan sengaja menakut-nakutkan pengunjung untuk mencuri barangan mereka. menurut penduduk, perbuatan itu merupakan tindakan segelintir individu dipercayai penagih dadah.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, beberapa kes dilaporkan berlaku sebelum ini dan kejadian terakhir berlaku dua minggu lepas.
“Individu ini berpakaian seperti hantu untuk menakutkan pengunjung yang berkelah dan apabila pengunjung melarikan diri, barangan mereka akan dicuri. Ada kes pengunjung juga diragut,” jelasnya.
Sumber: Kosmo
p/s mcm2 hal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan