followers

busuk.org

Jumaat, 1 Jun 2012

Gempar! Wajah Manusia Pada Batang Pokok Tembesu



MARANG- Dua rakan yang sedang membersihkan kawasan bagi membina rumah baru gempar apabila seraut wajah manusia 'tiba-tiba' muncul pada sebatang pokok tembesu yang mereka tebang.

Mohammad sulaiman, 61, dan rakannya Zakaria Ismail, 48 , langsung tidak menyedari keanehan pada pokok tersebut sehinggalah diberitahu oleh anak kepada Mohammad.

Menurut Mohammad, dia pada mulanya tidak dapat melihat wajah itu dari jarak dekat tetapi apabila beliau menjauhkan diri dalam jarak 10 meter, barulah beliau perasan akan wajah itu yang seolah-olah sedang memandang sesuatu. manakala Zakaria pula seakan tidak berani untuk mendekati pokok berkenaan kerana bimbang akan perkara yang tidak baik, tetapi beliau memberanikan dirinya mendekati pokok itu dan ternyata memang benar ada wajah manusia pada pokok tembesu itu.

Sumber: Kosmo

3 ulasan:

Ayuni berkata...

mcm dlm kartun pocahontas....

Unknown berkata...

ye ke ayuni?

Diari Maya berkata...

Nak percaya ke tidak ni? Susah nak percaya kan!