As'salam
LONDON, Britain - Seorang wanita lumpuh, Claire Lomas menjadi manusia pertama menamatkan perlumbaan maraton dengan menggunakan sut bionik apabila tiba di garisan penamat di sini kelmarin, 16 hari selepas dia memulakan larian.
Lomas, 32, mengalirkan air mata kegembiraan ekoran berjaya menamatkan larian Maraton London sejauh 42.2 kilometer dengan bantuan sut bionik ReWalk.
Sut berkomputer berkenaan meniru tindak balas sendi manusia bagi membantu orang lumpuh bergerak.
Lomas telah lumpuh sejak lima tahun lalu akibat terjatuh semasa menunggang kuda
Sumber: Kosmo
3 ulasan:
16 hari?? kuat betul semangat dia kan...
nak seribu dayakan.. mmg semangat kental la dia ni
tabik spring
Catat Ulasan