As'salam
Beberapa tahun kebelakangan ini, kaum Maya begitu mendapat perhatian kerana ramalan mereka bahawa kiamat akan terjadi pada tahun ini. dan sehingga kini ia masih hangat diperkatakan. banyak spekulasi tentang akan berlakunya kiamat pada tahun ini dan ada juga yang sengaja mengambil kesempatan dengan menokok tambah cerita perihal berlakunya kiamat. namun sejauh mana kebenaran ramalan itu hanya Allah yang berhak mengetahui dan menentukannya.
Kaum maya begitu terkenal dengan ramalan astronominya, dipercayai juga bahawa setiap ramalan yang berpandukan pada kalendar daripada kaum ini sering saja tepat dan akan berlaku. Namun baru-baru ini sekumpulan ahli arkeologi telah menemui sesuatu yang mungkin menyangkal dakwaan bahawa kalendar kaum Maya telah berakhir pada tahun 2012.
Ahli arkeologi berkenaan, telah menemui sebuah bilik kecil peninggalan kaum Maya di hutan hujan Xultun, di Guatemala. Dinding bilik berkenaan terdapat catatan mengenai ilmu astronomi dan kalendar Maya yang berusia sekitar 1,200 tahun. Ia merupakan rekod astronomi Maya yang tertua. Rekod itu dikatakan 600 tahun lebih tua daripada penemuan sebelum ini.
Beberapa pakar berkata, rekod itu tidak mempunyai ramalan tentang berlakunya kiamat. selepas beberapa kalendar Maya lain menyatakan dunia akan kiamat pada Disember depan. tetapi perkara yang paling menarik dan menggemparkan apabila kalendar dinding itu dikatakan mengandungi kiraan tarikh melebihi tempoh
6,000 tahun sekali gus melangkaui tahun 2012.
Jadi disini sekaligus menimbulkan satu persoalan, Mengapa kaum Maya bersusah payah untuk melakukan pengiraan itu jika benar mereka tahu bahawa dunia akan kiamat pada tahun ini? apakah ini satu pembohongan atau sebaliknya atau apakah ini hanya rekaan dari para ahli arkeologi untuk sengaja tidak menimbulkan rasa panik kepada penduduk dunia?
Namun apapun persoalannya, kita sebagai orang islam tidak harus mempercayai ramalan ini bulat-bulat. kerana kita ada al-quran sebagai panduan. tetapi kita juga tidak menolak bahawa hampir semua tanda-tanda kecil kiamat telahpun berlaku sejak dari zaman nabi lagi. apa yang perlu dilakukan adalah memperbanyakkan ilmu akhirat untuk menjamin kehidupan dan tidak lalai dari kewajipan yang dituntut oleh agama kita.
wasalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan