followers

busuk.org

Rabu, 2 Mei 2012

Piala FA: Kelantan, Sime Darby ke final


SHAH ALAM - Kelantan dan Sime Darby melayakkan diri ke final persaingan Piala FA selepas kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan pusingan kedua malam ini dengan keputusan seri.

Di Alor Setar, Kelantan dan Kedah masing-masing menjaringkan dua gol tetapi Kelantan melangkah ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan - gol yang diperoleh pada perlawanan pusingan pertama.

Pada pusingan pertama, Kedah dan Kelantan juga seri dengan satu gol.
Di Stadium Selayang, Terengganu dan Sime Darby juga terikat, tetapi tidak menjaringkan sebarang gol malam ini
Sime Darby layak ke pusingan akhir dengan agregat 2-1 kerana berjaya mengatasi Terengganu dalam pusingan pertama.

Kredit: SH

p/s Tahniah Kelantan!!

2 ulasan:

Dkna Abza berkata...

gomo klate gomo...yes!!!! :)

Unknown berkata...

yes!! team kawe msk final..
gomo kelate gomo!!