followers

busuk.org

Jumaat, 11 Mei 2012

Gambar kereta tersadai atas pokok



Ini bukan babak stunt dalam sebuah filem ! ini adalah kejadian benar di sebuah perkampungan 
di Warsaw, Lubczyna, Poland.. kerana geram dengan seorang pemuda yang suka memandu laju dan berbahaya, penduduk di kampung berkenaan sepakat memberi pengajaran kepada pemuda terbabit,
mereka bertindak meletakkan kereta milik pemuda itu di atas sebatang pokok dengan menggunakan kren milik salah seorang penduduk disitu. 

Zbigniew Filo terperanjat sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran. sementara itu salah seorang dari penduduk terbabit berkata bahawa itu hanya sebagai pengajaran kepada filo supaya tidak mengulangi tabiat buruknya itu lagi dan niat mereka bukan untuk menganiaya beliau.

Sementara itu, polis mengarahkan filo untuk menurunkan sendiri keretanya sebagai hukuman kerana disamping perbuatannya yang suka memandu laju, filo juga tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

.

2 ulasan:

Lieza Nordin berkata...

cm ne la boleh melayang smpai atas pokok..hehehe xD

Dkna Abza berkata...

macam terletak elok jer kereta tu kan :)