Dua final akan menjadi tumpuan jutaan peminat sukan bola sepak tempatan malam ini dan juga awal pagi esok apabila dihidangkan dengan dua perlawanan akhir yang menarik iaitu Piala FA di tanah air dan Liga Juara-juara di benua Eropah.
Perlawanan akhir Piala FA menyaksikan pertarungan antara Kelantan dan Sime Darby manakala Liga Juara-juara menjadi rebutan Chelsea dan Bayern Munich.
Final Piala FA akan berlansung pada jam 8.45 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur manakala final Liga Juara-juara pula jam 2.45 pagi di Stadium Allianz Arena, utara Munich, Jerman.
Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan