Heidi mempunyai IQ kurang satu markah berbanding pakar fizik dunia
As'salam...
Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Heidi Hankins diterima sebagai individu yang mempunyai kecerdasan akal (IQ) yang hanya kurang satu markah berbanding pakar fizik dunia, Stephen Hawking.
Kanak-kanak yang berasal dari Winchester, England ini tersenarai dalam ranking
Persatuan Kecerdasan Akal Tinggi (Mensa) selepas beliau mendapat markah 159 dalam ujian IQ dan meletakkannya hanya satu markah dibelakang IQ Hawking iaitu 160 markah.
Mensa adalah persatuan IQ tinggi tertua dan terbesar dunia.
Sebelum ini aktres jelita Hollywood, Sharon Stone juga pernah tersenarai dalam ranking apabila
mendapat markah 154 dalam ujian kecerdasan yang dijalankan keatasnya.
1 ulasan:
bijaknya dia......
nak kena suruh budak pintar malaysia AdiPutra cuba gak
Catat Ulasan