Teka-teki mengenai bau busuk dari sebuah rumah yang menimbulkan tanda tanya kepada
penduduk kampung Aman di Taiping, Perak akhirnya terbongkar selepas polis menemui
mayat seorang wanita dalam keadaan bogel dan terikat.
Sepasukan polis yang diketuai Asisten Superintenden Saerah Dollah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, bergegas ke rumah berkenaan untuk menjalankan siasatan selepas menerima laporan dari penduduk kampung yang kurang selesa dengan bau busuk berkenaan.
Hasil siasatan polis, mayat mangsa dipercayai telah meninggal dunia tiga atau empat hari yang lalu
berikutan keadaan mayat yang diikat dengan wayar pada kedua-dua kakinya itu yang telah mulai membengkak.
Menurut polis juga, kemungkinan berlakunya kes samun berikutan keadaan dalam rumah itu berselerak dan pintu bahagian dapurnya tidak berkunci.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
5 ulasan:
Innalillah....
Mudah-mudahannya rohnya tenang di sana..
apalah nak jadi dengan manusia sekarang???
samun dah ler..ni siap bunuh lagi...
seram betoi =,=
sadis
Catat Ulasan