followers

busuk.org

Sabtu, 21 April 2012

Gempar! Dijual Suami Dengan Harga RM130

As'salam..


Sungguh malang nasib wanita ini..dah la ditinggalkan suami, 'dijual' plak tu..
Beginilah nasib yang menimpa keatas ibu kepada tiga orang anak ini, selepas ditinggalkan suami pada 2009
nasibnya bertambah malang apabila dihujani berpuluh-puluh panggilan dan sms daripada lelaki yang tidak dikenalinya hampir setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak mei tahun lalu.

Menurut Too (nama samaran) panggilan yang diterimanya itu berpunca daripada perbuatan suaminya yang menghantar SMS kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM130.

Pada mulanya mangsa menyangka pemanggil itu cuma tersalah nombor tetapi setelah beberapa kali menerima panggilan yang sama tujuannya, beliau mula mengesyaki sesuatu. Akhirnya perbuatan suaminya itu terbongkar apabila seorang rakannya memberitahu telah menerima SMS daripada suaminya yang menyatakan mangsa menyediakan perkhidmatan seks.


Tiada ulasan: