JITRA - Ketika kanak-kanak lain menjalani kehidupan normal,
Muhammad Anas Miqhael Salehuddin pula terpaksa mengharungi keadaan menyeksakan
apabila terpaksa mengendong karung najis di perutnya setiap hari.
Ini kerana kanak-kanak berusia setahun lapan bulan itu tidak mempunyai
saluran najis dan lubang dubur selain tiada saluran pemakanan.
Kanak-kanak malang itu juga tidak memiliki karung testis sejak dilahirkan pada 27 Ogos 2010.
Sehari selepas dilahirkan, anak bongsu daripada empat beradik itu sudah bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan di perut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Pembedahan tersebut bertujuan untuk memasukkan saluran bagi penyusuan melalui tiub getah dan mengeluarkan saluran najis.
Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, menerusi tiub getah itu, anaknya menyusu dan membuang air besar menerusi saluran najis dengan karungnya diletakkan di luar perut.
Sumber&Kredit: Kosmo
kesiannya..Ya Allah...
BalasPadamhmm kesiannya T_T
BalasPadam