followers

busuk.org

Rabu, 11 April 2012

Arsenal tentang Malaysia 24 Julai


PETALING JAYA - Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal kini disahkan turun dan berjanji akan menurunkan pemain terbaik dalam perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia yang dijadualkan pada 24 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Sudah pasti kita akan membawa skuad penuh ke sini. Ia adalah persiapan bagi pasukan untuk musim akan datang," kata Pengarah Pemasaran Arsenal Angus Kinnear pada sidang media di sini hari ini.

"Kebanyakan pemain senior dalam pasukan ini sedang bermain untuk Piala Eropah dan mereka akan kembali untuk latihan pramusim," katanya.

Kunjungan Arsenal ke Malaysia tahun lepas selepas jurang 12 tahun mendapat sambutan luar biasa peminat kelab gergasi EPL itu di negara ini.

Sumber: Sinar Harian

2 ulasan:

Shazreena Shukri berkata...

arsenal datang malaysia..mesti adik reena suka punya..btw reena came heree.done foloow u..hit me back..=)

Siti Hajar Noh berkata...

go Malaysia go!!! hidup Malaysia...